Umum

Selamat Hari Guru

Saya teringat beberapa minggu sebelum bapa saya meninggal dunia, dia bergigih untuk pergi mengajar ngaji. Kebiasaannya memang dia akan pergi mengajar ngaji setiap minggu di Kampung Pasir, Tampoi. Cuma, sudah hampir sebulan lebih tidak dapat berbuat demikian kerana tidak sihat.

Jadi, pada hari itu dia bangun awal dan bersiap. Katanya dah sihat dan hendak pergi ke kelas. Oleh sebab keadaan dirinya, saya pergi menemankan. Sejak dia tidak berapa sihat, kami tidak beri dia memandu sendirian.

Saya menunggu sekejap sebelum dia masuk ke kelas. Kemudian pulang ke rumah. Lebih kurang pukul 11 pagi, saya kembali ke lokasi kelas.

Saya rasa dia gembira dapat jumpa pelajar dan mengajar. Walaupun ada beberapa orang makcik yang beritahu saya, keadaan dirinya nampak lemah.

Seorang guru akan tetap menjadi guru sehingga akhir hayatnya.

Bapa saya ialah guru yang mengajar saya mengenal alif, ba, ta sehingga boleh mengaji al-Quran dengan baik. Tahun ini, sudah empat tahun dia meninggalkan kami.

Semoga ilmu yang diajarkan kepada saya dan kepada semua anak muridnya memberi manfaat pahala dan amal jariah berpanjangan.

Terima kasih Cikgu.

Terima kasih buat semua Cikgu yang hadir dalam hidup saya.

Please follow and like us:

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

Social media & sharing icons powered by UltimatelySocial