Blog

Serendipity

Saya menonton filem ini setelah diberitahu oleh seorang kawan. Selepas itu, entah berapa kali saya ulang tengok sudah tidak terbilang dengan jari. Serendipity, sebuah filem yang ditayangkan pada tahun 2001 tentang pertemuan dua orang asing.

Filem romantik komedi ini mengisahkan Sara dan Jonathan yang bertemu di New York secara tidak sengaja. Ketika itu masing-masing sudah mempunyai pasangan. Namun, mereka meluangkan masa malam itu dan singgah di sebuah restoran bernama ‘Serendipity’.

Saya suka dengan perkataan ‘serendipity’. Saya suka menyebutnya. Dan maksudnya juga menarik, iaitu satu ‘kejadian yang tidak disangka’ yang berakhir dengan gembira.

Dalam filem ini, sarung tangan dan buku lama menjadi tanda kenangan dan mempertemukan mereka semula. Adakah saya percaya dengan kebetulan seperti ini?

Sebenarnya, dalam hidup kita begitu banyak sekali kebetulan atau pertemuan yang tidak disangka. Dan berakhir dengan suatu perasaan yang menyenangkan.

Filem yang ringan dan babak yang mudah diingati. Ada satu lagi filem yang saya suka juga, iaitu Before Sunrise, Before Sunset dan Before Midnight. Tiga filem ini memang banyak bercakap. Tapi saya mampu bersabar tonton hingga habis.

Selain daripada filem romantik komedi, saya suka menonton filem aksi. Tapi jangan ajak saya menonton filem seram terutamanya di panggung wayang. Satu filem seram yang saya tonton tahun lepas ialah I.T adaptasi novel Stephen King. Itu pun lepas kena paksa dan hampir sepanjang filem saya menutup muka. Lagi satu, filem melodrama seperti Pulang atau Bisik Pada Langit juga bukan genre yang saya gemari.

Apakah filem kegemaran anda?

Prompt Ogos 2019: Cerita tentang filem kegemaran anda.

Please follow and like us:

2 Comments

Tinggalkan Balasan kepada Emila Batal balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

Social media & sharing icons powered by UltimatelySocial