GST

Sewa dikenakan GST?

“Bagaimana layanan GST untuk sewa rumah dan kedai pejabat?”

Rumah kediaman tidak dikenakan GST kerana ia pembekalan dikecualikan. Kedai pejabat dan hartanah komersial dikenakan GST kadar standard iaitu 6 peratus.

Layanan GST untuk sewa merujuk kepada jenis hartanah. Sewa rumah kediaman tiada GST dan sewa untuk kedai pejabat akan dikenakan GST.

Jika pemilik hartanah komersial, mereka akan mengutip cukai ke atas sewa mengikut peraturan GST.

Ejen hartanah atau broker adakalanya terlibat dalam urusan sewa. Fi perkhidmatan ejen hartanah atau broker ini adalah perkhidmatan profesional. Ejen yang berdaftar dengan GST akan mengutip cukai pada kadar 6 peratus.

Status hartanah tidak relevan dalam hal ini kerana GST dikenakan kepada perkhidmatan itu.

Klausa berkaitan GST seharusnya dimasukkan ke dalam perjanjian sewa agar pemilik dan penyewa jelas dengan liabiliti (tangungan) masing-masing.