Blog

Sibuk

Anie selalu mengusik saya supaya berlama-lama di Kuala Lumpur. Saya selalu beralasan yang Kuala Lumpur sibuk dan panas. Padahal, selalu juga saya ke sana. Paling tidak sebulan sekali. Ibu kota ini memang sibuk. Kata Anie lagi, sibuk dan panas dengan peluang. Saya tak nafikan.

Saya tidak suka kesesakan. Tempat yang paling saya mahu elakkan ialah tempat yang bising dan ramai umat manusia. Jika ada jualan murah, saya tak ambil kisah sangat kerana memikirkan ruang yang sempit dan padat. Nak memilih barang pun susah. Lagipun sekarang ini saya tidak teruja sangat mahu mendapatkan barang dan mengikuti tren fesyen semasa. Guna sahaja apa yang ada. Asalkan dapat memenuhi keperluan saya.

Tapi berbeza sungguh jika saya ke luar negara. Saya suka pergi ke ibu kota yang moden dan mempunyai sistem pengangkutan awam yang canggih. Sistem keretapi yang mudah dan selesa untuk saya dan rakan kembara ke tempat yang kami tuju.

Semasa ke Tokyo, sudah pasti kami tidak melepaskan peluang melintasi Shibuya Crossing yang sibuk itu. Walaupun hujan renyai-renyai, kami harungi juga. Pemandangan yang tidak membosankan. Orang yang lalu lalang memakai payung yang pelbagai corak dan warna. Namun, kebanyakan mereka memakai payung lutsinar. Apabila berpapasan, terpaksa meninggikan payung supaya tidak terkena orang lain.

Kami duduk di Starbucks tingkat 2 tidak jauh dari Shibuya Crossing. Memang tempat yang strategik untuk menonton manusia yang padat. Selama kira-kira 120 saat lampu isyarat hijau menunjukkan orang boleh melintas. Kenderaan yang berada di tengah jalan akan berhenti serta merta.

Selain jalan yang sibuk ini, saya masih ingat kegembiraan kami berjalan-jalan di pasar malam Ximending, Taiwan. Pasar malam yang hiruk pikuk dengan penjaja dan kedai di kiri kanan jalan. Oh.. ya. Sudah lama saya tidak ke pasar malam di Johor Bahru. Mungkin saya perlu jadi pelancong di negara sendiri dan pergi ke pasar malam seperti di Jonker Walk atau Jalan Tunku Abdul Rahman.

Kesibukan di sekeliling kita adalah kebisingan luaran. Kesibukan dalam fikiran kita tak dapat ditelah oleh orang lain. Sedangkan kita sendiri kadang kala tak dapat memahaminya. Fikiran kita sentiasa sibuk tentang hal-hal semalam, hari ini dan esok. Walau bagaimanapun, minda yang sibuk ini adalah anugerah terbesar Ilahi buat kita manusia.

Baiklah, saya mencari kesibukan yang menyenangkan.

#julyblogpostchallenge #31julyblogpost

Ikuti 31 pencetus idea . Lihat di sebelah kanan blog untuk membaca blog rakan-rakan yang menyertai cabaran menulis 31 hari.

Baca entri sebelum ini 
DoaNamaSuratHujanMimpiMelancongMatahariBukuVlogCoklatLautMalamHijauZaitunSederhanaNasiBungaSahabatHadiahCertotHeroKertasLariSelendangKayaMataBudiMenang, Susun

Please follow and like us:

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

Social media & sharing icons powered by UltimatelySocial