Keperluan Sistem Perisian Runcit Patuh GST

Semua peniaga yang berdaftar GST diberi tempoh sehingga 30 September 2015 untuk menyediakan sistem perakaunan yang patuh GST. Bermula 1 Oktober 2015, penggunaan perisian Sistem Jualan Runcit yang patuh GST mesti dilaksanakan oleh peniaga berdaftar.

Sistem Jualan Runcit yang mempunyai ciri-ciri GST akan membantu peniaga dalam transaksi harian dan merekod jualan serta stok dengan lebih baik. Selain itu, kutipan GST dapat dibuat dengan betul apabila kategori barang runcit beserta kod GST dimasukkan ke dalam perisian yang digunakan.

Menurut laporan Bernama, lebih 35,000 peniaga belum mempunyai perisian Sistem Jualan Runcit walaupun tarikh akhir semakin menghampiri. Peniaga disarankan untuk menggunakan perisian yang sesuai dalam masa terdekat. Mereka boleh merujuk laman web Kastam untuk senarai pembekal perisian.

Pelaburan untuk membeli perisian ini akan berbaloi apabila peniaga dapat mengurangkan kesilapan kutipan cukai dan mengelakkan kelewatan menghantar Penyata GST-03. Kedua-dua kesalahan ini boleh dikenakan penalti oleh pihak Kastam. Ini akan menjadi bebab kewangan kepada peniaga dan mengurangkan alir tunai syarikat.

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *