Umum

Stop Following Social Media Influencers, They May Have Bad Influence on You

Stop following Social Media Influencers, they may have a bad influence on you. This matter has been bugging in my head. I need to write my thoughts about what is happening to the world of social media. And how bad it might be to our mental health and body.

Social Media Influencer atau SMI ialah individu yang mempunyai ramai pengikut di media sosial seperti Facebook, Instagram dan Twitter. Instagram misalnya berkembang dengan cepat sekali dan pemilik akaun insta dapat mengumpul pengikut dengan lebih pantas berbanding Facebook. Facebook lebih mengutamakan perkataan, tapi Instagram lebih kepada visual dan caption yang menarik. Twitter pula lebih ringkas dan cepat mendapat respon netizen.

Saya membuat bacaan di beberapa laman web luar negara. Social media influencer atau orang berpengaruh di media sosial ini mempunyai pendapatan yang besar dan dicari oleh pelbagai jenama untuk mengiklankan produk mereka.

Dalam dunia sekarang ini yang mementingkan kebendaan dan kesempurnaan, adakah SMI mempamerkan realiti kehidupan mereka? Sukar untuk dijawab. Kemungkinan mereka berpura-pura sangat tinggi. Malahan rasa desperate untuk tampil menarik atau tampil bodoh jelas kelihatan dalam banyak akaun Facebook atau Instagram misalnya.

Saya tidak nafikan, ramai juga SMI yang menggunakan ruang media sosial untuk menyebarkan ilmu dengan cara yang baik dan berkesan sekali. Saya menghormati golongan ini. Mereka berjaya memberi pengaruh yang bagus dan pengikut mereka mendapat manfaat daripada maklumat yang dikongsi.

Golongan SMI seperti ini memang patut diikuti supaya kita dapat belajar hal yang baik dan berguna. Ilmu yang bermanfaat boleh kita amalkan dalam hidup yang singkat ini.

Tapi pernahkah anda membaca hantaran (posting) SMI yang menggunakan konsep bercerita yang berlebih-lebihan? Nampak memang berkesan, malahan teknik storytelling ini diwarwarkan sebagai cara yang mudah untuk pengikut menekan butang Follow dan Share akaun media sosial kita.

Saya pernah juga belajar tentang pengurusan konten di media sosial. Sayangnya saya tidak dapat mengaplikasikan semua langkah-langkah yang guru ajarkan. Salah satu kekurangan saya ialah mencari butang emosi dan kemudian memasukkan elemen itu dalam tulisan saya. Oleh sebab itu, akaun media sosial saya tidak mempunyai pengikut yang ramai.

Namun sekarang, saya yakin ini lebih baik. Saya tidak mahu menjadi penulis yang memainkan emosi orang lain sesuka hati saya. Atau dengan kata lain mempengaruhi orang lain dengan permainan kata-kata yang keterlaluan.

Saya nampak bahayanya strategi ini. Sudah tentu pihak yang mempunyai puluhan ribu dan ratusan ribu pengikut akan menyangkal dakwaan ini. Kemudian menuding jari kepada saya dan mengatakan saya gagal. Tapi saya tak peduli semua itu.

Mereka akan marah. Mereka akan mengatakan saya sengaja memburukkan mereka. Mereka mungkin juga mengatakan saya mengacau periuk nasi mereka. Tahukah anda nilai ekonomi dalam media sosial mungkin mencecah jutaan ringgit? Oleh sebab itu, kerajaan mula mencari SMI dan akan mengenakan cukai berdasarkan pendapatan mereka di media sosial.

Saya memerhatikan perangai SMI yang berkemungkinan besar menjadi pengaruh buruk kepada pengikut. Si orang berpengaruh ini akan menggunakan kata-kata manis seolah dia insan yang baik dan mahu menyebarkan kebaikan. Si orang berpengaruh akan menggunakan cerita yang menyentuh hati dan akhirnya butang emosi pengikut berjaya ditekan. Pengikut menekan butang Share dan mengetik Like. Pengikut mula meninggalkan komen. Si orang berpengaruh akan cuba sehabis baik untuk membalas dengan kata-kata yang baik. Oh… memang kelihatan baik sungguh. Si orang berpengaruh sudah berjaya. Memang itu yang dia mahukan.

Kita pula sebagai pengikut mula meletakkan komen yang menyokong, memuji dan melambung ego si orang berpengaruh. Anda rasa ini sihat? Apabila ego mencanak tinggi, anda akan lihat si orang berpengaruh ini mula merasakan dirinya betul dan sentiasa betul. Mula menulis posting yang bertentangan sifatnya. Mula-mula anda tak akan perasan. Tapi perhatikan. Perhatikan baik-baik.

Saya sebagai perempuan mengakui wanita memang mempunyai tahap emosi yang tinggi. Kebanyakan yang mudah tersentuh emosi ialah wanita. Lelaki ada juga. Tapi bilangannya lebih rendah. Cuba tanya si orang berpengaruh, berapa ramai pengikut mereka wanita dan lelaki? Berapa ramai yang lebih beremosi di media sosial? Bukan salah wanita yang diberi kelebihan mempunyai emosi yang kuat. Malahan, kekuatan emosi adalah satu rahmat Tuhan buat golongan wanita.

Cuma saya perhatikan, wanita mudah lunak dengan persembahan peribadi yang nampak molek dan sempurna. Mereka mula mengharapkan kesempurnaan si orang berpengaruh pada pasangan misalnya. Sedangkan si orang berpengaruh itu berada jauh daripada jangkauan. Orang yang di hadapan mata mula dibanding-bandingkan dengan personaliti pujaan. Bahaya bukan?

Mari kita fikir. Adakah si orang berpengaruh yang kita ikuti di media sosial memberi pengaruh baik atau buruk? Adakah kita merasakan yang hidup tak sempurna jika si orang berpengaruh tidak menjawab komen kita? Adakah kita melambung-lambung ego si orang berpengaruh itu? Jika ya, sudah tiba masanya anda meninggalkan si orang berpengaruh dan tekan butang Unfollow. Buat senyap-senyap. Tak payah sibuk nak heboh seluruh alam maya.

Selain si orang berpengaruh yang berkata-kata manis, ada satu lagi jenis si orang berpengaruh. Mereka ini pula menggunakan kata-kata yang selamba (kasar). Eh… ada juga ramai pengikut. Nak buat macam mana, masyarakat kita lama kelamaan hilang adab dan tidak berfikir sebelum berkata-kata (menulis).

Saya memang tak gemar dengan orang yang menggunakan kata-kata kasar. Bak kata orang putih: Birds of a feather flock together. Kemungkinan besar orang yang mengikuti SMI begini memang suka menggunakan kata-kata yang kasar. Adakah anda suka dimaki dan digertak dengan kata-kata yang kasar? Jika tidak, tinggalkan si orang berpengaruh seperti ini.

Susah bukan jadi si orang berpengaruh? Bagi si dia ini satu kerjaya. Terpulang. Seperti yang saya sebut di atas tadi, jadilah si orang berpengaruh yang bermaruah. Gunakan kelebihan untuk menyebarkan ilmu yang bermanfaat. Saya sebagai pengikut sangat menghargainya.

Dalam dunia media sosial, social media influencer atau si orang berpengaruh di bahagikan kepada beberapa kategori berdasarkan bilangan pengikut:

Mega influencer – lebih 1 juta pengikut
Macro influencer – 100,000 hingga 1 juta pengikut
Micro influencer – 1,000 hingga 100,000 pengikut
Nano influencer – kurang 1,000 pengikut

Ada juga yang meletakkan macro influencer dengan bilangan pengikut 500,000 hingga 1 juta, mid tier (50k – 500k), micro (10k – 50k) dan nano (kurang 10k).

Saya pasti yang mengikuti saya orang yang boleh berfikir, tidak mudah terpengaruh dan mempunyai pertimbangan yang baik. Saya menyatakan pendapat, jika baik kongsikan. Jika tak baik atau bertentangan dengan pendapat anda, tak perlu ikut.

Saya sebut jenis influencer yang perlu dijauhi:
– yang menunjukkan kebaikan berlebih-lebihan, mungkin berpura-pura
– yang menunjukkan kebodohan
– yang menggunakan kata-kata kasar

Ada lagi perangai influencer yang memang tak patut diikuti.
– yang merasa dirinya hebat dan betul sahaja
– yang menggunakan pengaruh untuk mempromosi barang yang tidak berguna atau tidak bermanfaat dan merosakkan kesihatan
– yang tidak menunjukkan adab yang baik
– yang merendah-rendahkan orang lain
– yang menunjukkan kekayaan berlebihan

Adakah anda mempunyai pengalaman buruk dengan si orang berpengaruh?

Please follow and like us:

2 Comments

  • Sharulnizam

    Ya. Saya berpandangan hampir serupa. SMI tidak akan pernah bersifat neutral, tentu ada pendirian mereka dalam sesuatu perkara dan selalunya cuba disorokkan (paling obvious, pendirian politik). Masalah terjadi apabila kita tidak bersetuju dengan pendirian mereka, maka jatuhlah kita dalam kategori “haters”.

    Tak setuju = haters.

    Mudah benar kira-kira.

    Saya masih mengikut beberapa orang SMI yang ada di Malaysia ini. Ada yang sudah berkawan pun. Tetapi pandai-pandailah “menjarakkan” diri. Talam dua muka? Terpulang kepada penafsiran. Cuma jangan sampai ke peringkat bermusuh.

    Cuma saya hairan bagaimana seseorang itu dikategorikan sebagai SMI di Malaysia ini. Ada antara mereka, postingnya merapu langsung tak bermanfaat, tetap diangkat menjadi orang yang berpengaruh. Haiah!

Tinggalkan Balasan kepada Norsa'adah Ahmad Batal balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

Social media & sharing icons powered by UltimatelySocial