Sumber Maklumat dalam Pasaran Saham

Pelaburan saham memerlukan kita membuat keputusan penting dalam pemilihan saham, harga saham, kuantiti saham, masa untuk membeli dan masa untuk menjual. Keputusan yang bijaksana akan mendatangkan hasil yang baik. Ia dapat dilakukan berdasarkan maklumat yang boleh diperolehi di hujung jari. Maklumat menjadi mahal nilainya dan membaca adalah kunci untuk mendapatkan maklumat yang berharga ini.

Pelabur boleh merujuk beberapa laman web dan aplikasi untuk membantu dalam membuat keputusan pelaburan. Antaranya:

Bursa Marketplace

Laman web yang dibangunkan oleh Bursa Malaysia dan mengandungi pelbagai fungsi carian. Pengguna tidak perlu daftar masuk. Buat carian saham syarikat yang ingin dikaji. Semua maklumat kewangan yang penting akan dipaparkan. Beberapa laporan turut disediakan. Pengguna hanya perlu daftar masuk menggunakan e-mel dan boleh mendapatkan laporan ini serta merta.

Malaysia Stock Biz

Laman ini mengemas kini harga saham setiap hari. Ia juga memaparkan maklumat kewangan syarikat termasuk laporan kewangan suku tahunan, dividen dan pengumuman oleh Bursa seperti pembelian atau penjualan saham oleh pemegang saham utama.

The Edge Markets

Akhbar dalam talian ini melaporkan berita terkini tentang keadaan pasaran dan situasi yang berlaku dalam pasaran. Ia merangkumi berita ekonomi dalam dan luar negara, kedudukan syarikat dan pelbagai berita yang melibatkan syarikat di Malaysia khususnya.

Setiap hari akhbar ini akan melaporkan beberapa syarikat yang menjadi tumpuan pelabur dan reaksi pasaran kepada saham syarikat berkenaan.

Investing.com

Laman web antarabangsa yang memaparkan banyak maklumat tentang indeks utama di dunia, mata wang, mata wang kripto dan komoditi. Setiap perubahan dalam indeks utama dan minyak dunia contohnya memberi kesan kepada pasaran saham di Malaysia.

Malahan, pengguna juga boleh melihat maklumat saham syarikat yang didagangkan di Bursa Malaysia dalam laman web ini.

Majalah Labur

Sebuah laman web informasi yang membantu pembaca menjadi pelabur yang bijak. Ia juga mengandungi pelbagai tip kewangan dan pelaburan yang boleh dijadikan panduan.

Bursa Malaysia

Laman web Bursa Malaysia mengandungi banyak panduan dan tip untuk pelabur mengetahui lebih lanjut tentang pasaran saham.

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *