Blog

Susun

Bagi orang yang jarang menulis dengan kerap, hendak menulis satu artikel yang pendek sahaja mengambil masa yang lama. Buntu dan tidak memperoleh idea dengan pantas. Sedangkan idea ada di keliling kita.

Neil Patel menyatakan, membaca untuk mendapat input, menulis sebagai output. Entri blog yang mudah dikongsi oleh pembaca biasanya panjang dan melebihi 1,000 patah perkataan. Jika anda menulis 2,500 hingga 3,000 patah perkataan lebih banyak pembaca akan berkongsi entri blog tersebut.

Ini disebabkan artikel yang panjang memberi maklumat yang secukupnya dan memberi kepuasaan kepada pembaca. Semua ini boleh dicapai dengan latihan menulis dan mengikut struktur entri yang bagus.

Neil Patel memberikan panduan penulisan entri blog yang dipecahkan kepada lima bahagian:

1 – Tajuk (Headline): Tulis tajuk yang menarik perhatian pembaca untuk klik dan baca entri blog yang dipautkan.

2 – Daya penarik (Hook/Lead): Mulakan perenggan pertama dengan menimbulkan minat atau rasa ingin tahu pembaca.

3 – Masalah/Konteks (Problem/Context): Bincang tentang masalah dan isu yang timbul.

4 – Penyelesaian (Solution): Berikan penyelesaian atau langkah demi langkah untuk mengatasi masalah yang dihadapi.

5 – Kesimpulan/Penutup (Conclusion/wrap up): Buat rumusan kepada kandungan entri blog anda dan masukkan Call to Action jika ada produk atau perkhidmatan yang ditawarkan.

Lebih mudah untuk menyusun idea dan penulisan dengan menggunakan outline di atas. Saya ada menulis artikel yang melebihi 1,000 perkataan. Memang benar ia mendapat perkongsian yang banyak berbanding artikel yang pendek.

Saya mahu cuba teknik ini untuk penulisan entri blog yang akan datang. Anda juga boleh cuba teknik yang sama untuk menulis blog.

#julyblogpostchallenge #31julyblogpost

Ikuti 31 pencetus idea . Lihat di sebelah kanan blog untuk membaca blog rakan-rakan yang menyertai cabaran menulis 31 hari.

Baca entri sebelum ini 
DoaNamaSuratHujanMimpiMelancongMatahariBukuVlogCoklatLautMalamHijauZaitunSederhanaNasiBungaSahabatHadiahCertotHeroKertasLariSelendangKayaMataBudi, Menang

Please follow and like us:

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

Social media & sharing icons powered by UltimatelySocial