• Blog

    Zaitun

    Walaupun jarang menggunakan minyak zaitun, tetap ada sebotol disimpan. Sesekali teringin nak makan aglio olio, boleh guna minyak zaitun. Atau nak gril salmon, boleh oleskan minyak zaitun sedikit dan gril dengan kuali tak lekat. Ada juga yang menyarankan minum sesudu minyak zaitun setiap hari. Tapi saya belum sanggup lagi. Setakat guna dalam masakan dah biasa. Saya teringat seorang pensyarah kami yang berasal dari Pakistan. Dia mengajar subjek IRK (Islamic Revealed Knowledge). Dia pernah berkongsi amalan minum sesudu minyak zaitun dan madu setiap pagi. Semasa ke Sydney bulan Oktober 2018, kami mengikuti tour guide, En Firdaus untuk melawat Canberra. Dalam perjalanan, En Firdaus membawa kami ke salah sebuah ladang zaitun. Sayangnya,…

  • Blog

    Malam

    Tuhan jadikan dunia ini seimbang. Habis siang berganti malam. Ada daratan dan juga lautan. Seimbang itu bukan sama berat atau sama panjang atau sama tempohnya. Namun, seimbang adalah bukti kesempurnaan. Ada bahagian dalam dunia ini yang tidak mengalami gelap malam. Sedangkan kita di khatulistiwa menjalani waktu siang dan malam yang lebih kurang sama tempohnya. Fenomena midnight sun berlaku di hemisfera utara dan hemisfera selatan semasa musim panas. Malam untuk berehat dan tidur. Tidur yang cukup salah satu cara untuk mendapatkan tubuh yang sihat. Malahan, siapa mahu menurunkan berat badan, mestilah mengamalkan tidur yang mencukupi. Orang yang berjaya selalu memberi saranan supaya tidur awal dan bangun awal. Hal Enrod menulis The…

Social media & sharing icons powered by UltimatelySocial