• Aktiviti,  Blog

    Belajar Buat Jurnal Kembara oleh Emila Yusof

    Sesekali berjalan ke tempat orang atau melancong ke luar negara, pasti kita mahu simpan barang atau cenderahati sebagai kenangan. Apabila sampai ke rumah, kita kemas beg dan cuci pakaian. Kemudian, buka dompet pasti terselit kepingan resit, tiket kapal terbang di celah helaian passport, tiket muzium atau tiket masuk ke tempat tarikan yang kita lawati. Sama ada kertas-kertas ini dibuang begitu sahaja atau diabadikan dalam satu jurnal kembara. Idea yang bagus bukan? Saya kagum dengan jurnal kembara yang Kak Emila Yusof hasilkan. Tahun lepas saya dapatkan dua jurnal kembara beliau yang siap dicetak. Jurnal kembara Jepun dan Itali-Swiss. Kami berpeluang belajar dengan Kak Emila untuk menghasilkan jurnal kembara. Tidak sangka dengan…

  • Blog

    Budi

    Berbudi pada tanah itu memang nampak hasilnya. Cuma perlu bersabar. Oleh sebab saya duduk di kampung, ada tanah sedikit di keliling rumah. Sejak kecil tinggal di sini. Tanah yang ada ini sehingga hari ini ada hasil buah-buahan yang dapat kita merasa. Mak rajin menanam pokok buah-buahan. Ada durian,rambutan, mempelam, sukun, manggis dan nangka. Semasa hidupnya mak selalu cakap, nanti kalau dia dah tiada dapatlah juga anak cucu makan buah-buahan tempatan. Durian bila tiba musimnya, berbuah juga. Rambutan ada. Tapi selalu juga diinjak-injak monyet habis gugur. Pokok mempelam buahnya banyak tapi isinya tak menjadi sangat. Gugur masih muda di atas atap rumah kereta. Mak tanam pokok petai. Ada beberapa tahun pokok…

  • Blog,  Resepi

    Kaya

    Masa kecil saya memang tak pandai makan kaya atau seri kaya. Mak pun tak berapa gemar. Biasanya kami makan roti sapu marjerin dan bakar atas tudung periuk. Kadang-kadang buat sarapan. Atau pun balik sekolah petang-petang pun boleh makan roti bakar marjerin letak gula. Cuma bila dan besar-besar baru belajar makan roti dengan kaya atau beli roti berinti kaya. Bahan asas untuk buat kaya ada tiga sahaja, iaitu telur, santan dan gula. Kemudian ditambah daun pandan untuk aroma yang wangi dan tepung jagung jika suka untuk memekatkan kaya. Kaya atau seri kaya itu terkenal di Asia Tenggara. Kaya dalam bahasa Melayu juga membawa maksud pekat. Jadi bancuhan telur, santan dan gula…

  • Blog

    Lari

    Buntu juga nak menulis tentang perkataan ini. Rasa seperti mahu ‘lari’ dan melangkau ke perkataan seterusnya. Apa yang saya mahu ceritakan? Larian, berlari-lari atau lari daripada masalah? Mari saya kongsi pengalaman menyertai acara larian. Larian pertama yang saya sertai ialah Energizer Night Run. Saya dah tak ingat bila acara itu berlangsung. Sudah beberapa tahun yang lalu. Mungkin lebih 5 tahun. Kononnya saya memilih waktu malam untuk mengelakkan cuaca panas. Acara larian bermula dengan muzik yang kuat. Kemudian, pelari di lepaskan pada garisan mula. Saya mendaftar untuk larian 5km Fun Run. Acara larian memang ramai peminatnya. Tahun demi tahun, semakin banyak acara larian dianjurkan. Malam itu saya berjaya menamatkan larian kira-kira…

  • Blog

    Hero

    Dunia kanak-kanak dipenuhi dengan watak hero yang mendominasi rancangan. Saya ingat lagi, setiap kali pulang dari sekolah pada waktu petang saya dan adik-beradik cepat-cepat mandi dan menunggu tayangan kartun Thundercats. Siri yang popular pada zaman kanak-kanak saya. Sehinggakan banyak barang sekolah yang dijual di kedai tauke mempunyai watak Thundercats. Masa itu saya belum mengenali Iron Man, Batman & Robin mahupun watak Avengers yang lain. Watak-watak hero diciptakan dan menjadi anganan orang biasa. Tidak salah pun mahu bercita-cita menjadi hero. Jadi hero dalam menjalani hidup kita. Jadi hero dengan cara memberi nilai dalam hidup orang lain. Kalau tanya saya, hero Avengers yang saya minati ialah Iron Man. Terbukti kan dialah hero…

Social media & sharing icons powered by UltimatelySocial