• Blog

    Certot: Pencinta Kuih Tart

    Dia berjalan pantas di kaki lima itu. Daripada lorong belakang, dia terhidu aroma yang sangat harum. Dia pasti itu bau kuih tart yang baru sahaja keluar daripada ketuhar. Tapi dari mana? Dia tak puas hati. Dia mesti mencari puncanya. Dia berjalan lagi. Jalan itu dipenuhi deretan kedai lama. Kedai roti benggali dengan pembakar yang menggunakan kayu api. Kedai tukang jahit yang setia. Pejabat pesuruhjaya sumpah dengan papan tanda yang berusia puluhan tahun. Tidak berganti. Dia masih belum nampak kedai kuih tart. Sekurang-kurangnya itulah sangkaan dirinya. Mana boleh seorang pencinta kuih tart tidak dapat mengesan aroma kuih yang dibakar dengan inti jem nanas yang enak itu? Akhirnya dia sampai di depan…

  • Blog

    Bunga

    Saya suka ambil gambar bunga. Saya cuba dapatkan posisi terbaik untuk merakam gambar bunga. Bunga memberi satu perasaan yang menyenangkan. Bunga yang mekar mampu buat kita tersenyum, dalam gembira atau ketika gundah. Saya melancong ke Taiwan ketika musim bunga sakura atau cherry blossoms sedang mekar. Indahnya. Bunga kecil yang berwarna merah jambu memenuhi ranting pokok. Cantik sekali. Kami tidak melepaskan peluang memotret gambar masing-masing. Berjam-jam kami berjalan di Formosan Aboriginal Culture Village. Cuaca sangat baik. Nyaman dan langit cerah. Di situ kebanyakan bunga sakura berwarna merah jambu dan ada beberapa pokok yang berbunga merah gelap. Selain bunga sakura, Taiwan juga terkenal dengan bunga lili. Raymond membawa kami ke Festival Bunga.…

  • Blog

    Nasi

    Daripada beras menjadi nasi. Hidangan asas nasi putih boleh dipelbagaikan dengan cara masakan yang berbeza. Terhasil nasi ayam, nasi lemak, nasi dagang, nasi kerabu dan nasi goreng. Minggu lepas saya mencuba hidangan nasi beras perang. Pada mulanya saya tidak tahu nasi itu menggunakan beras perang. Sehingga tuan rumah memaklumkan. Masakan nasi berperisa itu sangat lembut dan aromanya menambat selera. Hampir sahaja saya menambah sesenduk dua lagi. Saya pergi ke Kuala Terengganu sebelum bulan puasa. Sahabat saya mengajak makan nasi lemak ikan. Memang berbeza dengan nasi lemak yang biasa saya makan. Sedap juga. Nasi kerabu menggunakan bunga telang menjadikan nasinya berwarna biru. Dilengkapi dengan lauk pilihan seperti ikan goreng tepung, daging…

  • Blog

    Sederhana

    Perkataan ini terlalu sederhana sifatnya. Seperti maknanya. Namun, ia satu konsep yang besar yang sepatutnya mendasari nilai kehidupan kita setiap hari. Saya percaya kesederhanaan akan membawa bahagia dan tenang yang dicari. Setiap hari kita sibuk menyempurnakan itu dan ini. Memenuhi jangkaan dan jangkauan pihak lain, mahupun diri sendiri tanpa kita sedari. Kita melalui hari-hari yang biasa. Kadang-kala terlampau sibuk, tapi masih lagi menjalani rutin yang serupa. Semakin usia meningkat, saya cuba lebih bersederhana dalam membeli barang. Tadi siang saya berjalan-jalan dengan seorang sahabat. Nampak baju pelbagai fesyen yang cantik dan warna yang menarik. Jika dulu mungkin saya akan terbeli satu atau dua helai. Tapi sekarang saya lebih beringat kerana baju…

  • Blog

    Hijau

    Minggu ini saya berada di Kuala Lumpur. Menghadiri acara dan bertemu kawan-kawan. Mencipta kesempatan. Saya memandu sendiri. Asalnya mahu naik pengangkutan awam dari Johor Bahru. Tapi saya buat keputusan untuk memandu kerana senang nak bawa barang dan ke sana ke mari. Saya ini berasal dari kampung. Masih lagi tinggal di rumah yang ibu bapa kami tinggalkan. Cuma sekarang, ia jadi kampung di pinggir bandar. Hanya 5 minit dari lebuh raya. 5 minit ke pusat beli-belah. 2 minit ke kedai mamak, bengkel kereta dan dobi layan diri. (Dengan memandu) Senang berurusan. Tak perlu pergi jauh untuk dapatkan barang keperluan. Nak buat pertemuan, boleh jumpa di pusat beli-belah itu yang berhawa dingin.…

Social media & sharing icons powered by UltimatelySocial