• Blog

    Baju Tradisional

    Arashiyama, Kyoto, Jepun. 2017. Musim luruh. Kami menaiki keretapi dari Osaka menuju ke Kyoto. Sebuah bandar lama dan mahu melihat hutan buluh yang menjadi tumpuan pelancong itu. Turun di stesen kereta api dan berjalan kaki ke Arashiyama. Hari yang cerah. Kami menyeberang jambatan dan berhenti sekali sekala mengambil gambar. Orang ramai mula memenuhi kali lima deretan kedai yang panjang. Kelihatan gadis dan jejaka memakai pakaian tradisional Jepun. Kimono dan yukata. Sememangnya ada di antara kami yang mahu menggayakan kimono dan sudah menyediakan bajet untuk sewa sepasang kimono yang cantik. Saya? Antara mahu dengan tidak. Akhirnya saya hanya menemankan mereka memilih kimono yang disukai. Saya dibenarkan masuk ke ruang persalinan. Kami…

  • Blog

    Adakah Saya Suka Kucing?

    Dua ekor anak kucing yang berwarna putih bertompok oren elok terlentang di dalam sangkar. Kecil lagi. Baru lepas makan dan minum susu. Susu kambing. Baru saya tahu yang kucing suka minum susu kambing berbanding susu lembu. Saya tidak memelihara kucing. Dua anak kucing ini dibela oleh keluarga kakak saya. Anak saudara saya bukan main suka. Setiap seorang pegang seekor dan diletak di riba. Mengelus bulu kucing yang nampaknya manja. Saya tengok sahaja. Kucing memang comel. Tapi cukuplah saya tengok dari jauh sahaja. Setakat ini belum terlintas mahu membela kucing. Orang kata, jika ada kucing di rumah cicak dan segala macam serangga akan berkurangan. Renyah juga saya lihat penjagaan kucing ini.…

  • Blog

    How often do you blog?

    “If you miss one day, you can miss two. If you miss two, it’s all over….” Cuti. Cuti sekolah dan cuti Hari Raya Aidiladha. Musim cuti begini, ahli keluarga saya yang tinggal di Lembah Klang pulang ke kampung. Sabtu lalu, 9 Zulhijah kami memasak sedikit juadah untuk diagihkan kepada jiran. Suasana sibuk daripada hari-hari biasa. Saya pun sama menyibukkan diri. Dan tidak menulis di blog ini. Sabtu memasak. Ahad berkumpul di rumah kakak. Kami makan tengah hari dan BBQ. Isnin pergi lagi ke rumahnya kerana dia masak ikan sambal dan lauk makan tengah hari yang sedap-sedap juga. Itu kejadian beberapa hari lepas. Saya sempat baca beberapa halaman novel Ikarus oleh…

  • Blog

    Rumah Agam Loke Chow Kit, Jalan Tangsi Kuala Lumpur

    Bangunan dua tingkat dengan cat kuning yang seni bina yang indah di tengah Kuala Lumpur itu sering kali menarik perhatian setiap kali saya melalui Jalan Kinabalu. Itulah Rumah Agam Loke Chow Kit yang diisytiharkan sebagai Warisan Negara pada tahun 2012. Bulan lepas saya berkesempatan hadir ke acara pelancaran ORBIT anjuran E-Sentral di Bangunan KL Mayor bersebelahan dengan Rumah Warisan ini. Rumah Agam Loke Chow Kit ini juga dikenali 10 Tangsi iaitu alamat rumah ini dibina, iaitu 10 Jalan Tangsi. Jadi, sementara menunggu majlis pelancaran, saya mengambil beberapa gambar bangunan dan sekitarnya. Di hadapan jalan masuk, terpampang tanda Kuala Lumpur Ibu Kota Dunia 2020 (Kuala Lumpur World Book Capital). Sekretariat KLWBC…

  • Blog

    Perkara yang Saya Mahu Lakukan Tahun Ini

    Saya tidak biasa bercakap di depan kamera. Dengan kepantasan teknologi yang memudahkan kita merakam video dan bercakap langsung di media sosial, saya rasa mahu mencubanya. Apatah lagi saya lihat sahabat saya, Wani yang juga pengusaha shawl Sarah Camelia tampil yakin apabila bercakap secara langsung di FB. Saya fikir, saya patut memperkenalkan Dua Penulis menggunakan medium video pula. Saya tanya beberapa tip untuk bercakap di FB Live. Antara panduan yang Wani kongsikan ialah:– bercakap secara santai– sediakan isi penting tentang perkara yang mahu dikongsi dengan rakan-rakan– fikirkan permulaan dan kesimpulan video anda– rekod di ruang yang terang dan latar menarik Kemudian, saya berjaya membuat beberapa video FB dan muat naik di…

Social media & sharing icons powered by UltimatelySocial