• Harta pusaka

    Jelaskah pemilikan harta? – Ustaz Mohd Shukri Ali

    Dalam program Santai Bersama Ustaz Mohd Shukri berkongsi tentang kepentingan menentukan pemilikan harta. Persoalan yang ditimbulkan adalah emas yang dipakai oleh isteri itu betul-betul miliknya atau tidak. Status pemilikan aset seperti barang kemas ini tidak mempunyai geran atau bukti pemilikan yang mudah ditentukan seperti tanah atau kenderaan. Maka, setiap kali suami memberi hadiah barang kemas atau apa jua barang yang bernilai tinggi, mestilah ditentukan miliknya. Ustaz menyarankan isteri bertanya secara jelas adakah suami memberi barang itu secara mutlak atau tidak. Suami pula tentukan niat anda semasa memberi barang bernilai tinggi seperti ini. Ustaz mengingatkan bahawa semasa hidup tiada isu. Namun, selepas kematian persoalan tentang harta pusaka akan timbul. Contohnya, jika…

Social media & sharing icons powered by UltimatelySocial