• Saham

    Senarai Broker Sah untuk Pelaburan Saham

    Lanjutan daripada post saya sebelumĀ  ini tentang permohonan akaun CDS yang mesti dibuat dahulu sebelum mula melabur dalam saham. Broker saya yang pertama ialah RHB Investment. Akaun lama daripada cawangan Subang Jaya dipindahkan ke cawangan Johor Bahru. Semasa saya berurusan di pejabat broker, saya perhatikan beberapa orang lelaki yang khusyuk memandang monitor di salah sebuah bilik yang disediakan. Mungkin mereka berusia lebih 50 tahun berdasarkan penampilan. Berpakaian kasual dan helaian akhbar terbentang di sebelah monitor. Saya kira mereka pelabur otai yang mempunyai pengalaman berpuluh tahun. Nampaknya mereka selesa mengakses sistem di premis broker. Inilah antara kemudahan yang disediakan kepada pelanggan. Broker menyediakan sistem atau dikenali sebagai platform untuk pelanggan mereka…

  • Saham

    Buka Akaun CDS

    Kali pertama saya buka akaun CDS (Central Depository System) mungkin dalam tahun 2008 atau 2009. Saya buka dengan Hwang DBS di Plaza Shah Alam. Minat untuk pelaburan saham timbul apabila salah seorang sahabat bercerita yang beliau menerima ESOS. ESOS adalah manfaat yang diberikan kepada pekerja untuk memiliki saham syarikat. ESOS ringkasan untuk Employee Stock Options. Harga yang ditawarkan biasanya lebih rendah daripada harga saham yang didagangkan di pasaran. Apabila pekerja memiliki saham, mereka menjadi pemegang saham syarikat. Apa yang berlaku jika kita bekerja dalam syarikat yang kita miliki? Secara tidak langsung, ia meningkatkan motivasi untuk berusaha lebih kuat. ESOS juga salah satu kaedah untuk menggalakkan pekerja setia dengan syarikat. Berkhidmat…

Social media & sharing icons powered by UltimatelySocial