• Buku

    Backpack Brunei: Datang Disambut Taufan oleh Normi Nas

    Buku ini ditulis berdasarkan pengalaman Normi berdepan dengan situasi yang mengancam nyawa. Ia berlaku semasa tahun 2015 apabila Normi ke Brunei dalam bulan Ramadhan. Detik cemas dirasai oleh semua penumpang penerbangan Air Asia. Bayangkan cuaca buruk yang dialami ketika mahu mendarat. Normi ada berkongsi status tentang peristiwa ini di Facebook dan menjadi viral. Membaca semula dengan lebih terperinci catatan Normi menimbulkan keinsafan dalam diri. Dekat atau jauh musafir kita ini, belum tentu kita dapat tiba dengan selamat. Hanya takdir Allah yang menentukan. Pastinya kita mahu sampai di destinasi yang dituju dengan rasa tenang dan gembira. Alhamdulilah, Normi dan semua penumpang selamat. Naskhah ini juga sangat istimewa kerana saya bersama Normi…

  • Buku

    Kilo vs Kalori (Buku)

    Puasa masuk hari kedua bulan Ramadan. Masyarakat di Malaysia mula berpuasa pada 6 Mei 2019. Di pelusuk lain, di dunia ini ada yang memulakan ibadah puasa pada hari ini. Apabila datang Ramadan, ramai berlumba-lumba berbuat kebaikan. Suasana yang indah dan harmoni. Diharapkan sehingga tamat bulan mulia ini dan seterusnya dipanjangkan ke bulan-bulan lain. Saya baca buku Kilo vs Kalori, terbitan Kata Pillar. Perkongsian penulis tentang cabaran menurunkan berat badan. Saya juga sudah beberapa kali gagal dan tidak berdisiplin. Baru turun 3-4 kg, saya kembali makan apa yang saya suka. Tahun ini, saya mesti serius. Rakan saya sudah turun lebih 20 kg sejak mengamalkan intermittent fasting (IF). Sebenarnya, bukan susah dan…

  • Umum

    Tip penulisan supaya bacaan teks lancar

    Kumpulan kisah kanser diteruskan lagi untuk mengumpul bahan bagi buku kedua. Projek Lavender nampaknya diterima baik oleh pembaca. Kali ini saya dan rakan sedang mengedit dan menyemak hasil karya peserta. Mencabar juga nak memilih penyertaan bagi projek kisah kanser 2. Sedang dalam proses semakan dan edit. Saya nak kongsi beberapa tip supaya hasil penulisan lancar dibaca. 1. Kurangkan ‘lah’ dan ‘nya’. Dua suku kata sambungan ini kadang kala mengganggu pembacaan. 2. Perkataan ‘dari’ hanya untuk masa, arah dan tempat. Kadang kala kami lepaskan sebab nak bagi ayat sedap. Tapi tak boleh selalu. 3. Guna perkataan yang ringkas dan senang difahami. Kurangkan perkataan ‘bombastik’. 4. Tak perlu ulang perkataan yang sama…

  • Penerbitan

    Akan terbit – Mudahnya mengurus kekayaan dalam Islam

    Lebih 5 tahun dalam bidang perancangan kewangan, saya berhasrat berkongsi sedikit ilmu tentang perancangan kewangan Islam kepada khalayak yang lebih luas. Saya mula menulis sedikit demi sedikit. Insya Allah ia bakal terbit tidak lama lagi. Kini ia dalam proses percetakan oleh penerbit. Buku ini akan diterbitkan oleh Truewealth Sdn Bhd. Ketahui: Apakah konsep harta dan kekayaan dalam Islam Empat komponen penting dalam perancangan kewangan Islam Strategi pengurusan patuh syariah Produk kewangan Islam di pasaran dan perbandingan dengan produk konvensional Apakah ciri-ciri riba, gharar dan maisir Bagaimana melaksanakan pengurusan kewangan patuh syariah Bagaimana untuk memilih produk kewangan yang sesuai dengan keperluan anda Jika anda berminat membuat pesanan awal, boleh hubungi penulis…

Social media & sharing icons powered by UltimatelySocial