• Cukai

    FAQ Cukai Soda yang Mula Dikenakan Pada 1 Julai 2019 di Malaysia

    Dalam Belanjawan 2019 yang dibentangkan tahun lalu, Menteri Kewangan menyebut tentang pelaksanaan cukai soda. Tarikh pelaksanaan ditetapkan pada 1 April 2019. Namun ditangguhkan kepada 1 Julai 2019. Secara rasminya, cukai soda atau juga dikenali sebagai duti eksais minuman bergula mula dikenakan semalam. Cukai soda ialah sejenis cukai tidak langsung. Contoh lain cukai tidak langsung ialah cukai jualan, cukai perkhidmatan (SST) dan cukai barang dan perkhidmatan (GST). Cukai tidak langsung dikenakan kepada pengilang atau pengeluar (eksais dan SST) dan pengguna (GST). Apabila cukai soda (duti eksais minuman bergula) dikenakan kepada pengilang atau pengeluar, kadar cukai ini tidak nampak secara jelas kepada pengguna akhir. Ia serupa dengan cukai jualan. Namun berbeza dengan…

Social media & sharing icons powered by UltimatelySocial