• Blog

    Surat Buat Sahabatku yang Menjadi Dhuyuf ar-Rahman

    Kepada sahabatku yang menjadi tetamu Allah, Aku ingin menyampaikan rasa gembira ini apabila aku menerima berita yang kau akan menunaikan ibadah Haji. Rukun Islam kelima yang menjadi matlamat setiap umat Islam yang beriman. Aku kira perjalanan menuju ke Mekah menjadi ‘the ultimate journey‘ buat kita semua. Semestinya ia bukan suatu musafir yang biasa-biasa. Aku pasti dalam detik jiwamu telah meletakkan azam bagi menjalani ibadah ini dengan sempurna. Beberapa bulan lalu aku berpeluang melawat ke Tanah Suci Mekah dan Madinah. Masih terpahat di ingatan dua kota yang dipenuhi umat Islam. Bagaimana pula keadaannya menjelang musim Haji? Sudah tentu padat dengan berjuta-juta manusia dari seluruh dunia. Aku masih ingat ketika kami melakukan…

Social media & sharing icons powered by UltimatelySocial