• Harta pusaka,  Nota Khutbah

    Kepentingan Faraid – Pembahagian pusaka untuk orang Islam

    “Orang-orang lelaki ada bahagian pusaka daari peninggalan ibu bapa dan kerabat dan orang-orang perempuan pula ada bahagian pusaka dari peninggalan ibu bapa dan kerabat, sama ada sedikit atau banyak dari harta yang ditinggalkan itu iaitu bahagian yang telah ditentukan dan diwajibkan.” (An-Nisa’: 7) Faraid atau pembahagian pusaka telah ditetapkan oleh Allah dalam Islam. Ia adalah sebahagian syariat yang menunjukkan keadilan Maha Pencipta. Hanya Allah SWT jua yang mengetahui hikmah di sebalik penetapan Faraid. Walau bagaimanapun, kita dapat belajar daripada perkara ini. Hal pembahagian pusaka boleh jadi perkara yang sensitif di kalangan ahli keluarga dan waris. Pengurusan yang bijak dan telus dapat membendung isu perebutan harta dan hak milik waris yang…

  • Harta pusaka

    Siapa waris Faraid untuk harta pusaka orang Islam?

    “Mak Long, bila nak serah bahagian tanah untuk Abah?” Hakim tidak sabar-sabar ingin tahu tentang pusaka Pak Long yang baru meninggal dunia sebulan lalu. Dia anak saudara Pak Long, anak kepada adik bongsu Pak Long. Adakah Hakim layak menerima harta pusaka Pak Long? Dalam sistem perwarisan Islam, waris berhak menerima pusaka dengan tiga sebab iaitu pertalian darah, perkahwinan dan persaudaraan sesama Islam. Kebanyakan waris Faraid adalah disebabkan pertalian darah. Suami atau isteri mewarisi disebabkan perkahwinan. Hanya pasangan yang masih sah dalam perkahwinan semasa kematian layak mewarisi. Manakala, Baitulmal (institusi yang menguruskan hal ehwal orang Islam) layak mewarisi jika si mati tidak mempunyai waris disebabkan pertalian darah atau perkahwinan. Sebagai contoh,…

  • Harta pusaka,  Harta sepencarian

    Kaitan Faraid dan pentadbiran harta pusaka di Malaysia

    Sarah kalut. Pagi tadi abang iparnya datang ke rumah bertanyakan buku akaun Zul, arwah suaminya. Dua minggu lalu kehidupan Sarah berubah. Zul meninggal di pejabat akibat serangan jantung. Zul tempat dia bergantung harap dan berkasih sayang. Sarah tidak bekerja. Selama ini, dia setia mengurus rumah tangga dan kebajikan anak-anaknya, Fatimah dan Abdullah. “Sarah dah kumpulkan semua buku akaun Zul? Abang nak uruskan hal harta arwah secepat mungkin.” Sarah hanya mampu memberi pandangan kosong. “Nanti Sarah cari dulu. Sarah pun tak pasti mana arwah Abang Zul letak,” jawabnya acuh tak acuh. Padahal dia sudah membelek-belek buku Tabung Haji dan penyata bank suaminya. Dalam diam dia bersyukur. Zul seorang yang berjimat cermat…

  • Harta pusaka

    Hak perempuan dalam Faraid – pembahagian pusaka orang Islam

    Hak datang dengan tanggungjawab. Prinsip keadilan dalam Islam meletakkan sesuatu pada tempatnya dan tidak merujuk kepada satu faktor sahaja seperti kekuatan¬†fizikal atau jantina. Begitu juga dalam pembahagian harta pusaka. Faraid ialah pembahagian harta pusaka si mati (orang Islam) yang ditetapkan oleh Syariat. Secara umum perempuan mendapat 1/2 daripada apa yang diwarisi oleh lelaki. Namun, ada pecahan yang lebih terperinci bergantung kepada siapa waris si mati yang sah. Perempuan itu berhak ke atas harta yang diwarisi mengikut Faraid sepenuhnya dan tidak bertanggungjawab daripada segi kewangan untuk menampung anak-anak atau waris yang lain. Sedangkan lelaki bertanggungjawab memberi nafkah dan bertindak sebagai wali kepada waris yang tinggal. Perempuan sebagai ibu Tugas perempuan yang…

  • Harta pusaka

    Bagaimana menghantar permohonan pentadbiran Pusaka Kecil

    Pusaka kecil ditakrifkan sebagai harta si mati yang bernilai kurang RM2 juta. Semua harta sama ada harta alih atau harta tak alih dikumpulkan dan akan diagihkan kepada waris yang berhak. Sekiranya si mati tidak meninggalkan wasiat dan harta pusakanya bernilai kurang RM2 juta, waris boleh menghantar permohonan ke Pejabat Pusaka Kecil. Ia diuruskan oleh Bahagian Pembahagian Pusaka (BPP). Langkah demi langkah untuk membuat permohonan pentadbiran pusaka kecil Pertama Kumpul semua maklumat harta si mati seperti buku akaun, penyata akaun, geran tanah atau rumah, geran kereta, akaun pelaburan seperti ASB dan unit amanah yang lain, Lembaga Tabung Haji, KWSP dan lain-lain. Kumpul salinan kad pengenalan waris termasuk pasangan, anak-anak, ibu dan…

Social media & sharing icons powered by UltimatelySocial