• GST

    Analogi air tin – Adakah harga barang akan turun selepas SST?

    Saya buat perbandingan harga air tin dengan SST dan GST. Tapi kali ini, kita anggaplah diri kita ini peniaga dan nak kira berapa margin untung bagi tetapkan harga selepas SST dilaksanakan. Melalui contoh di atas, harga akhir yang dibayar oleh pengguna lebih rendah iaitu RM2 sahaja jika SST dikenakan sebanyak 10%. Manakala, harga dengan GST sebanyak 6% ialah RM2.12. Dalam contoh di atas, kita boleh mengira keuntungan menjual air tin dan margin yang berkenaan. Wujud perbezaan margin antara harga air tin dengan SST dan air tin dengan GST. Menggunakan contoh yang sama, kita mengambil kira peratus margin dan jumlah untung kasar sebagai panduan. Ini menunjukkan situasi sekarang. Adakah harga barang…

  • GST

    Glosari GST – Cukai Barang dan Perkhidmatan

    Berikut senarai 10 glosari GST atau Cukai Barang dan Perkhidmatan yang biasa digunakan dalam pelaksanaan GST di Malaysia: GST – Goods and Services Tax atau Cukai Barang dan Perkhidmatan yang mula dilaksanakan di Malaysia pada 1 April 2015. GST menggantikan Cukai Perkhidmatan dan Cukai Jualan. Kadar standard – Kadar GST di Malaysia bermula 1 April 2015 ialah 6 peratus. Ia mungkin berubah pada masa hadapan. Kadar ini dikenakan kepada semua jenis barang yang perkhidmatan selain daripada kategori barangan berkadar sifar atau dikecualikan cukai. Kadar sifar – Kadar GST 0 peratus untuk barangan yang disenaraikan oleh kerajaan. Barangan dalam kategori ini biasanya adalah barangan keperluan seperti makanan asas (beras, tepung, gula,…

  • GST

    Lima kelebihan menggunakan sistem POS bagi peruncit yang mendaftar GST

    Pelaksanaan GST pada 1 April 2015 secara langsung menggalakkan peniaga menyimpan rekod dengan betul dan teratur. Bagi peniaga runcit, mereka dikehendaki untuk menggunakan sistem POS (Point of Sales) untuk mengeluarkan invois atau resit cukai. Kastam memberi tempoh 6 bulan kepada peniaga runcit untuk memasang sistem POS di premis masing-masing. Peruncit dalam 6 kategori berikut wajib memasang sistem POS atau mesin daftar tunai untuk mengeluarkan invois cukai kepada pelanggan. Peraturan ini dikuatkuasakan pada 1 Oktober 2015. Kedai peralatan perkakasan (hardware) Restoran termasuk kedai kopi Pasar mini dan kedai runcit Kedai buku Farmasi Pusat hiburan Peniaga berdaftar GST yang menjalankan perniagaan selain daripada diatas boleh mengeluarkan invois cukai cetakan komputer atau sedia…

  • GST

    Kursus Perakaunan GST oleh MATA

    Persatuan Akauntan Percukaian Malaysia (M.A.T.A) menganjurkan kursus perakaunan untuk GST di dua lagi lokasi iaitu Kota Kinabalu dan Johor Bahru. Kursus ini telah dianjurkan di Kuala Lumpur, Kuching dan Kuala Terengganu pada bulan Jun 2015. Lebih 400 peserta telah menghadiri kursus selama dua hari. Kandungan kursus: GST Zero Rate Supply Order 2014 GST Exempt Supply Order 2014 Explanation on Tax Codes How to prepare and submit GST-03 return GST Audit File Tarikh kursus: Kota Kinabalu – 4 & 5 Nov 2015 di Le Meridien Hotel Johor Bahru – 24 & 25 Nov di Persada Johor International Convention Centre Anda boleh mendaftar secara online atau muatturun borang pendaftaran kursus. Anda akan menerima tiga…

  • GST

    GST Berfaedah Kepada Peniaga

    Ulasan buku oleh Saudara Nizam Yatim di Utusan pada 28 Ogos 2015. BUKU ini membincangkan me­ngenai cukai barang dan perkhidmatan (GST) yang te­lah dilaksanakan oleh 160 negara di seluruh dunia. GST yang merupakan sistem cukai berdasarkan nilai tambah ke atas barang dan perkhidmatan mula diperkenalkan di Perancis dan Monaco pada 1954. Sehingga kini, sebanyak 53 negara Eropah telah melaksanakannya. Hanya dua negara sahaja di bawah keanggotaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) di benua itu yang tidak menjalankannya iaitu Andorra dan San Marino. Selain daripada dua negara tersebut, 39 lagi negara anggota PBB tidak melaksanakan GST termasuk Amerika Syarikat, Arab Saudi, Maldives, Angola, Brunei dan Myanmar. Lebih banyak negara kini sedang merancang…

Social media & sharing icons powered by UltimatelySocial