Categories
GST

Mekanisme Pelaksanaan GST Untuk Perkhidmatan Prabayar Bagi Tahun 2016

Mulai 1 Januari 2016 hingga 31 Disember 2016, pengguna kad prabayar telefon akan diberikan rebat untuk GST. Apabila pengguna membeli kad prabayar, GST belum dikenakan. GST hanya dikenakan setelah pengaktifan kad dibuat (top-up). Dalam masa 24 jam kemudian, nilai GST itu akan dimasukkan semula ke akaun prabayar sebagai rebat. Pengguna dapat menggunakan perkhidmatan prabayar dengan nilai yang sama.

Berikut FAQ yang disediakan oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) tentang pelaksanaan GST untuk perkhidmatan prabayar 2016:

Apakah mekanisme baharu bagi pelaksanaan cukai barang dan perkhidmatan (GST) untuk perkhidmatan prabayar yang akan bermula pada 1 Januari 2016?
Di bawah mekanisme baharu untuk pelaksanaan GST untuk perkhidmatan prabayar, pengguna akan menerima rebat untuk perkhidmatan prabayar yang dikenakan GST, ini bermaksud pengguna akan menerima nilai kredit yang bersamaan dengan harga baucar prabayar. Sebagai contoh, pengguna akan menerima RM10 nilai kredit untuk baucar yang dibeli dengan harga RM10.

Siapa yang layak untuk menerima rebat GST untuk perkhidmatan prabayar?
Hanya pengguna warganegara Malaysia yang mendaftar menggunakan Mykad atau kad askar/polis yang akan menerima rebat GST untuk tempoh setahun (1) ini.

Please follow and like us:
Categories
GST

Mengurangkan Kesan GST

Ulasan buku oleh Saudara Nizam Yatim di Utusan pada 31 Julai 2015.

BUKU ini sesuai dibaca oleh semua pihak yang ingin mengetahui tip terbaik untuk berjimat cermat setelah kerajaan memperkenalkan cukai barang dan perkhidmatan (GST).

Segala idea yang diberikan memang cukup bermanfaat dan praktikal memandangkan latar belakang penulis sebagai seorang akauntan berdaftar dengan Institut Akauntan Malaysia (MIA).

Langkah kerajaan memperkenalkan GST adalah sesuatu yang tidak dapat dielakkan kerana 82 peratus daripada 195 negara di dunia telah melaksanakannya berikutan banyak manfaat yang boleh diperoleh.

China ialah antara negara terawal di Asia yang melaksanakannya pada 1980 manakala Indonesia merupakan negara pertama di Asia Tenggara yang mula memper­kenalkan GST pada 1984 yang kemudiannya diikuti oleh negara ASEAN lain kecuali Brunei dan Myanmar.

GST yang merupakan hasil idea pegawai cukai Perancis, Maurice Laure pada 1954 yang dilaksanakan di banyak negara telah menunjukkan kesan positif khususnya bagi meningkatkan jumlah pendapatan negara.

Di Malaysia, langkah berkenaan adalah penyelesaian terbaik bagi menghadapi masalah kekurangan pendapatan daripada sumber minyak dan gas serta menurunkan nisbah kadar hutang negara berbanding Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) yang kini terus meningkat.

Menurut penulis, langkah kerajaan memperkenalkan GST adalah satu perkembangan di luar kawalan pengguna tetapi mereka boleh mengambil tindakan bagi memastikan sistem percukaian baharu berkenaan tidak memberikan kesan terlalu ketara.

Antaranya pengguna boleh bertindak untuk mengawal perbelanjaan mereka termasuk berbelanja kurang daripada pendapatan, membeli barang mengikut keperluan dan bukannya kehendak serta menjimatkan penggunaan elektrik dan perkhidmatan telekomunikasi.

Pertama, untuk berbelanja kurang daripada pendapatan seseorang itu hendaklah mengamalkan gaya hidup sederhana. Antara yang boleh dilakukan ialah tidak membeli barangan berasaskan jenama popular.

Jika pengguna bijak, mereka boleh membeli barangan yang mempunyai kualiti sama dengan yang berjenama pada harga lebih rendah. Lebih tinggi nilai barang yang dibayar, maka lebih tinggi jumlah GST yang kena bayar.

Beri keutamaan untuk membeli makanan asas yang belum diproses kerana bahan berkenaan lebih berkhasiat dan pada masa sama kebanyakannya tidak dikenakan GST berbanding makanan yang sudah diproses.

Dalam pada itu, utamakan untuk memasak sendiri di rumah kerana makan di restoran akan dikenakan GST. Rancang menu untuk dimasak dalam tempoh seminggu dan buat belian runcit secara sekali gus. Dengan cara itu pengguna akan menjimatkan kos perjalanan untuk membeli barangan runcit.

Kenderaan juga akan menggunakan lebih bahan bakar apabila terperangkap sehingga berjam-jam dalam kesesakan lalu lintas. Oleh itu, ketika pergi dan balik dari tempat kerja, pilihlah waktu yang tidak banyak kenderaan.

Kedua, seseorang itu hendaklah mampu membezakan antara keperluan dan kehendak. Setiap individu mempunyai keperluan yang berbeza tetapi secara umumnya ia merujuk kepada perkara asas yang mesti ada untuk menjalani kehidupan selesa.

Keperluan asas yang dimaksudkan ialah makanan, pakaian, tempat tinggal yang bersih dan selamat, pendidikan serta kesihatan.

Ini termasuk juga perlindungan insurans sebagai persediaan jika berlaku musibah yang menyebabkan beban kewangan bertambah seperti kerosakan harta benda akibat kebakaran, terlibat dalam kemalangan atau menghidap penyakit kritikal.

Kehendak adalah sesuatu yang kita mahukan tetapi tidak semestinya diperlukan pada masa sekarang dan perkara berkenaan boleh ditangguhkan.

Ketiga, GST hanya dikira ke atas penggunaan elektrik melebihi 300 kilowatt jam (kwh) atau RM77 sebulan. Untuk menjimatkan penggunaan tenaga, elakkan mengguna secara berterusan alat pendingin hawa dan pemanas air mandian.

Langkah-langkah penjimatan elektrik lain yang boleh dibuat ialah menutup lampu dan kipas di ruang yang tidak digunakan.

Untuk menjimatkan penggunaan perkhidmatan telekomunikasi pula, pengguna boleh memanfaatkan sepenuhnya aplikasi perhubungan percuma seperti WhatsApp dan WeChat serta mengurangkan bercakap melalui telefon.

Daftar untuk menerima bil secara dalam talian dan langkah berkenaan dapat mengelak pengguna dikenakan caj tambahan terhadap perkhidmatan cetakan bil yang dihantar ke rumah setiap bulan.

Penulis dalam bab penutup buku berkenaan berharap kerajaan dapat memegang amanah untuk mentadbir kutipan GST dengan telus dan berkesan serta menyalurkannya semula untuk faedah rakyat.

Please follow and like us:
Categories
GST

Anekdot GST – Peniaga serap GST

“Meh nak bagi tau satu rahsia.”
=========================

Che Ros mengeluarkan barang runcit yang dibelinya satu persatu. Barang-barang itu akan terus dikemas dan disusun pada rak atau peti sejuk. Itu memang rutinnya setiap kali pulang membeli-belah.

“Siti, saya tak faham la. Kenapa ek ada syarikat kata mereka serap GST. Dalam resit saya tengok kita bayar cukai lagi,” bebel Cik Ros.

Siti tuang Peel Fresh dalam gelas dan meneguknya selamba.

“Meh Che Ros saya nak bagi tau rahsia. Tapi janji tau jangan bagi tau orang lain.” Siti sengaja mengusik Che Ros.

“30 Mac Che Ros beli tisu harga RM2, 1 April Che Ros beli tisu lagi sebab tisu dah habis. Harganya RM2 juga,” sambung Siti.

“Dah tu, kenapa?” Che Ros dah tak sabar.

“Ya lah. Kan Che Ros bayar nilai yang sama. RM2 jugak. Tapi harga pada 1 April dah termasuk GST. Sebelum 1 April, katalah peniaga untung RM1 untuk sekotak tisu. Pada 1 April, untung peniaga dah kurang sikit sebab GST dia tanggung.” Sambung Siti.

“Habis tu peniaga rugila. Haisshhh… Takkan la peniaga nak rugi. Che Ros tengok kita yang bayar GST. Kan dalam resit ada.” Che Ros tak puas hati.

“Dalam resit ada sebab peniaga mesti tunjukkan jumlah GST yang wujud dalam harga barang. Nanti dia kena denda pulak sebab tak ikut undang-undang. Tapi Che Ros tetap bayar nilai yang sama.” Sabarnya Siti menerangkan pada rakannya.

“Apa yang rahsianya pulak?” Che Ros makin tak sabar.

Siti sambung lagi, “Ni nak bagitau ni… Macam Che Ros cakap takkan la peniaga nak rugi. Betul la tu. Kalau rugi bungkusla bisnes dia. Cuba Che Ros bayangkan pengguna dapat tahu dia boleh berjimat bila berbelanja kat kedai ni berbanding kedai lain. Kan dah dapat pelanggan baru. Tambah lagi pelangan sedia ada jadi pelanggn setia. Mau meletop bisnes dia.”

“La … Tu je? Tu ke rahsianya?” Che Ros pandang Siti semacam.

“Ha.. Yelah .. Tulah rahsianya. Janji tau jangan bagi tau orang lain.” Siti dengan selamba menjawab sambil menghabiskan segelas Peel Fresh.

Please follow and like us:
Categories
GST

Bagaimana peniaga menyerap GST?

Sebuah pasaraya dengan rangkaian kedai di seluruh negara mengumumkan syarikatnya akan menyerap GST. Bagaimana ia dilakukan? Saya menggunakan ilustrasi berikut untuk memberi penjelasan ringkas. Namun, ia tidak menggambarkan keseluruhan strategi bisnes syarikat berkenaan. Contoh yang diberikan adalah untuk memudahkan kefahaman pembaca.

GST bukan kos kepada peniaga berdaftar
===============================
Dalam menetapkan harga pasca GST, peniaga merujuk kepada harga barang termasuk cukai khususnya barang yang anda dapatkan daripada pembekal yang berdaftar juga. Contoh ini menunjukkan harga sekotak tisu yang tidak berubah daripada pembekal.
1 Apr 2015 - peniaga serap gst2

Kemudian, sebuah syarikat lagi menyerap GST produk yang mana harga jualnya dikekalkan. Gambarajah ini menunjukkan bagaimana kos itu diserap dan menyebabkan margin SESUATU produk menurun.
1 Apr 2015 - peniaga serap gst

 

Dalam resit cukai tetap akan dipaparkan jumlah GST. Jumlah ini yang akan diremit kepada Kastam setelah ditolak dengan cukai input.

Strategi bisnes:
Margin PRODUK menurun. Tetapi jumlah jualan dijangka meningkat.
Keseluruhan margin keuntungan syarikat akan meningkat.

Please follow and like us:
Categories
GST

“Caj bank dan MEPS dikenakan GST?”

Soalan ini memang popular menjelang GST. Ia menjadi viral semula. Jangan panik. Kembali kepada asas GST iaitu ia cukai yang dikenakan ke atas barang dan pembekalan bercukai. Bank menyediakan perkhidmatan bercampur iaitu bercukai dan dikecualikan cukai.

Perkhidmatan bercukai ialah perkhidmatan selain daripada perkhidmatan kewangan. Perkhidmatan ini adalah perkhidmatan sampingan yang disediakan oleh pihak bank dalam pelbagai urusan melibatkan akaun bank atau lain-lain perkhidmatan kewangan.

Contoh perkhidmatan bercukai:

  • Caj bank melalui MEPS
  • Online banking
  • Komisen bank
  • Yuran kad ATM
  • Yuran kad kredit (Mulai 1 April 2015, cukai perkhidmatan sebanyak RM50 setahun untuk kad kredit dimansuhkan dan digantikan dengan GST)

Contoh perkhidmatan kewangan dikecualikan GST:

  • Pinjaman atau pembiayaan
  • Faedah
  • Pengurusan akaun semasa, simpanan dan yang berkaitan dengan deposit wang
  • Pertukaran mata wang

Penalti atau denda lewat bayar tidak dikenakan GST kerana ia caj di luar skop.

CIMB telah mengeluarkan FAQ tentang GST. Anda boleh baca di sini.

Please follow and like us:
Social media & sharing icons powered by UltimatelySocial