• GST

    Bagaimana mengira cukai yang perlu diserah kepada Kastam?

    Tuan Asrul mempunyai bisnes bakeri (roti, kek dll). Sebahagian produk keluaran beliau adalah berkadar standard. Beliau adalah orang berdaftar yang dibenarkan mengutip cukai output dan menuntut cukai input. Buat masa ini, harga produk tidak dinaikkan kerana ingin kekal kompetitif dengan kedai bakeri yang lain. Dengan kata lain beliau “menyerap GST”. Persoalan: Bagaimana mengira cukai yang perlu diserah kepada Kastam? Jawapan: Penyata cukai yang perlu diserah mengandungi maklumat jumlah pembekalan bercukai (kadar standard), jumlah cukai output yang dikutip (kadar standard), jumlah perolehan yang dikenakan cukai (kadar standard) dan jumlah cukai input yang dituntut. Nilai jualan beliau dianggap sudah termasuk cukai (kerana menyerap GST). Jika jualan sebulan ialah RM10,000 maka jumlah GST ialah RM566.…

  • Aktiviti,  GST

    Kursus GST untuk Bisnes

      Kursus GST untuk Bisnes akan saya adakan di dua lokasi iaitu Pasir Gudang, Johor dan Petaling Jaya, Selangor. Objektif kursus ialah memberi penerangan GST daripada aspek pelaksanaan dan teknikal kepada usahawan di peringkat perniagaan mereka. Menjawab persoalan berkaitan mekanisme cukai input dan cukai output dalam sistem GST. Mohon hubungi no tertera atau emel arnorsaadah.ca@gmail.com. Tempat adalah terhad.   Please follow and like us:

  • GST

    Apakah layanan GST untuk pembekalan kepada jabatan kerajaan?

    Pembekalan barang tidak perlu dikenakan GST. Namun pembekalan perkhidmatan akan dikenakan GST pada kadar standard. Persoalan: Sekiranya ada jabatan yang meminta pembekal tidak mengenakan GST ke atas pembekalan perkhidmatan, apa yang perlu dilakukan? Penjelasan dan cadangan: Seharusnya Jabatan itu merujuk kepada pihak Kastam. Sebagai orang berdaftar, syarikat akan mengutip GST ke atas perkhidmatan yang disediakan. Melainkan telah mendapat kelulusan khas daripada pihak autoriti dalam GST iaitu Jabatan Kastam Diraja Malaysia. Pembekal hendaklah mengeluarkan invois cukai seperti biasa jika tiada sebarang pelepasan khusus untuk Jabatan berkenaan. Please follow and like us:

  • GST

    Bila perlu menghantar Penyata Cukai GST-03?

      Penyata Cukai iaitu GST-03 perlu difailkan mengikut tempoh bercukai orang berdaftar. Tempoh bercukai ditetapkan mengikut jumlah pendapatan tahunan peniaga. Penyata cukai perlu difailkan setiap bulan jika pendapatan bercukai melebihi RM5 juta. Manakala, peniaga dengan pendapatan kurang RM5 juta perlu memfailkan penyata setiap 3 bulan. Peniaga yang mempunyai pendapatan kurang RM5 juta tetapi ingin memfailkan penyata setiap bulan boleh membuat permohonan dengan Jabatan Kastam Diraja Malaysia. Jumlah GST iaitu cukai output dan cukai input untuk semua transaksi yang berlaku dalam tempoh ini akan dilaporkan dalam penyata cukai. Penyata cukai mengandungi maklumat seperti berikut: 1) Pembekalan bercukai 2) Cukai Output yang dikutip 3) Perbelanjaan bercukai 4) Cukai Input yang ditanggung 5)…

  • GST

    Bagaimana memohon invois cukai penuh daripada pembekal?

    Puan A berkongsi bagaimana beliau memohon invois cukai penuh daripada pembekal. Kedai atau pasaraya biasanya mengeluarkan invois cukai dipermudah. Invois atau resit ini tidak mengandungi maklumat pembeli iaitu nama, alamat dan GST ID. Maksima cukai yang boleh dituntut apabila merujuk invois cukai dipermudah hanya RM30 untuk pembelian berjumlah RM500. Ambil langkah seperti dalam gambarajah ini. Pastikan anda menyimpan no GST ID supaya mudah memohon invois cukai penuh apabila diperlukan. Please follow and like us:

Social media & sharing icons powered by UltimatelySocial