• GST

    Bagaimana mengira cukai yang perlu diserah kepada Kastam?

    Tuan Asrul mempunyai bisnes bakeri (roti, kek dll). Sebahagian produk keluaran beliau adalah berkadar standard. Beliau adalah orang berdaftar yang dibenarkan mengutip cukai output dan menuntut cukai input. Buat masa ini, harga produk tidak dinaikkan kerana ingin kekal kompetitif dengan kedai bakeri yang lain. Dengan kata lain beliau “menyerap GST”. Persoalan: Bagaimana mengira cukai yang perlu diserah kepada Kastam? Jawapan: Penyata cukai yang perlu diserah mengandungi maklumat jumlah pembekalan bercukai (kadar standard), jumlah cukai output yang dikutip (kadar standard), jumlah perolehan yang dikenakan cukai (kadar standard) dan jumlah cukai input yang dituntut. Nilai jualan beliau dianggap sudah termasuk cukai (kerana menyerap GST). Jika jualan sebulan ialah RM10,000 maka jumlah GST ialah RM566.…

  • GST

    Apakah layanan GST untuk pembekalan kepada jabatan kerajaan?

    Pembekalan barang tidak perlu dikenakan GST. Namun pembekalan perkhidmatan akan dikenakan GST pada kadar standard. Persoalan: Sekiranya ada jabatan yang meminta pembekal tidak mengenakan GST ke atas pembekalan perkhidmatan, apa yang perlu dilakukan? Penjelasan dan cadangan: Seharusnya Jabatan itu merujuk kepada pihak Kastam. Sebagai orang berdaftar, syarikat akan mengutip GST ke atas perkhidmatan yang disediakan. Melainkan telah mendapat kelulusan khas daripada pihak autoriti dalam GST iaitu Jabatan Kastam Diraja Malaysia. Pembekal hendaklah mengeluarkan invois cukai seperti biasa jika tiada sebarang pelepasan khusus untuk Jabatan berkenaan. Please follow and like us:

Social media & sharing icons powered by UltimatelySocial