• GST

    “Tiket kapal terbang kena GST?”

    Adakah anda kerap menggunakan perkhidmatan penerbangan sama ada untuk destinasi domestik atau antarabangsa? Penerbangan yang kerap dan tawaran tambang rendah memberi pilihan kepada pengguna untuk sampai ke destinasi dengan lebih cepat dan murah. Perkhidmatan penerbangan tidak termasuk dalam jenis pengangkutan yang dikecualikan cukai. Apabila anda membeli tiket untuk penerbangan domestik, GST akan dikenakan pada kadar standard iaitu 6 peratus. Perkhidmatan lain yang berkaitan dengan penerbangan domestik seperti penyimpanan bagasi, jualan runcit dan makanan turut dikenakan GST bagi penerbangan domestik. Jika anda ke luar negara, tiket anda tidak akan dikenakan GST kerana ia termasuk dalam jenis penerbangan antarabangsa. Sebagaimana perkhidmatan eksport, ia tidak akan dikenakan cukai. Di Malaysia, ada tiga destinasi…

  • GST

    Khidmat guaman kena GST?

    “Tahun depan, abang boleh kutip cukai 6% lagi ke?” soal abang ipar saya yang mempunyai firma guaman di Kuala Lumpur apabila beliau terpandang buku-buku tentang GST yang saya rujuk. 1. Perkhidmatan profesional seperti khidmat guaman, akauntan, ejen hartanah, juruukur, arkitek dan lain-lain mengutip cukai perkhidmatan buat masa ini sebanyak 6%. Tiada nilai ‘threshold’ pendapatan tahunan. Ini bermaksud mereka mesti mendaftar untuk lesen cukai perkhidmatan dan mengutip cukai ini daripada pelanggan. Cukai perkhidmatan akan dimansuhkan pada 1 April 2015. 2. Jika pendapatan tahunan mereka RM500,000 dan ke atas, maka perlu mendaftar untuk GST dan layak mengutip cukai 6% bermula 1 April 2015. 3. Jika pendapatan tahunan mereka kurang RM500,000, mereka boleh…

  • GST

    Pengiraan GST untuk pembekalan Aircond

    “Betul ke harga barang yang dikenakan GST akan berganda sehinga 24% ke 30% atau lebih?” Harga barang naik dipengaruhi banyak faktor, bukan disebabkan cukai sahaja. GST ialah cukai nilai tambah, cukai dikenakan ke atas nilai tambah setiap peringkat rantaian pembekalan. Cukai ini ditanggung pengguna. Pengilang – Pemborong – Peruncit – Pengguna Jika kos bahan mentah, gaji dan kos operasi pada harga sama, GST adalah 6% sahaja sepanjang rantaian pembekalan ini. Pengilang, pemborong dan peruncit yang mendaftar dengan GST boleh mengutip cukai dan menuntut semula cukai yang ditanggung. Cukai tidak boleh dikutip sesuka hati jika peniaga tidak mendaftar dengan JKD. Contoh: ———- Air-cond dan GST 6% Harga kilang = RM700 Pengilang…

  • GST

    GST untuk Perkhidmatan Pajak Gadai

    Pajak gadai ialah perkhidmatan yang sah dan pemajak gadai (orang yang memajak barang kemas) boleh mendapatkan tunai mengikut syarat dan perjanjian dengan pemegang pajak gadai. Pemegang pajak gadai seperti Ar-Rahnu memberi kemudahan tunai untuk suatu jangka masa seperti enam bulan. Pemegang pajak gadai tidak akan mengenakan GST untuk tunai yang diberikan kepada pemajak gadai. Contoh: Ar-Rahnu menilai barang kemas yang akan dipajak dan setelah ditolak fi simpanan dan perkhidmatan, tunai yang diserahkan ialah RM800. Fi simpanan dan perkhidmatan ini yang dikenakan GST. GST tidak dikenakan ke atas jumlah pinjaman. Sekiranya sampai tempoh untuk barang kemas dilelong dan tiada penebusan, maka pemegang pajak gadai boleh melelong barang kemas tersebut. Lelongan barang…

  • GST

    GST – Farmasi dan klinik swasta

    Baru-baru ini ahli farmasi mencadangkan doktor mendiagnos pesakit dan pesakit mendapatkan ubat-ubatan di farmasi. Sistem ini masih di peringkat perbincangan dan Datuk Sri Dr Subramaniam, Menteri Kesihatan telah¬†mengarahkan jabatan mengadakan dialog bersama pihak yang terlibat seperti doktor dan ahli farmasi. Ahli farmasi mencadangkan 1 April 2015 untuk melaksanakan sistem ini. Namun, keputusan belum lagi dibuat. Tarikh ini signifikan dengan pelaksanaan GST. Jika cadangan ini dipersetujui, doktor akan mendiagnos dan memberi rawatan kepada pesakit di klinik, kemudian memberi preskripsi ubat. Kemudian, pesakit boleh mendapatkan ubat di farmasi. Layanan GST untuk perkhidmatan kesihatan dan farmasi Perkhidmatan kesihatan adalah perkhidmatan yang dikecualikan cukai. Pengguna yang mendapatkan rawatan dan ubat di klinik swasta atau…

Social media & sharing icons powered by UltimatelySocial