• Pelaburan,  Umum

    Save for the good old days

    Rumah pasangan ini di atas bukit. Apabila duduk di beranda, kelihatan rumah-rumah lain di kawasan sama, lebuhraya dan jalan yang sibuk nun jauh beberapa kilometer daripada sini. Angin menyapa wajah pada kala pagi, tengahari atau petang. Setiap kali saya dan rakan sejawat datang, kami dihidangkan teh o kurang manis dan kek atau paling kurang buah-buahan. “Auntie minum teh tak letak gula. Kamu nak gula, bubuh sendiri la ya,” pelawa Auntie Ros usai pembantunya meletakkan dulang di atas meja. Auntie Ros kemudian menyerahkan salinan dokumen yang kami minta semasa pertemuan lalu. “Masa muda dulu Auntie dengan Uncle memang berjimat habis. Uncle bertugas sebagai pegawai estet. Jadi kehidupan kami hanya tertumpu di…

Social media & sharing icons powered by UltimatelySocial