• Harta pusaka

    Jangan biar kejadian ini berlaku kepada keluarga kita

    Kita marah apabila adik si mati pecah amanah. Kita geram apabila datuk nenek anak yatim tidak ambil peduli. Kita sedih apabila kebajikan anak kecil diabaikan. Kita kasihan apabila kakak si mati terpaksa menanggung beban. Beberapa perkara dapat kita pelajari daripada kisah dua adik-beradik yang kini dijaga oleh ibu saudara mereka selepas kematian ibu bapa tahun lalu. Ibu bapa dua anak ini meninggal dalam kemalangan jalan raya melibatkan kenderaan yang dipandu bapanya dan kereta Myvi. Setahun berlalu, ibu saudara membuat tuntutan dan laporan tentang pecah amanah adik bongsu si mati. Kisah mereka mendapat perhatian rakyat Malaysia dan sumbangan mencecah lebih RM300,000 berjaya dikumpulkan. Namun, manfaat sumbangan tidak disalurkan kepada anak yatim…

  • Harta pusaka

    Royalti sebagai pusaka

    Penulis, artis dan ahli muzik biasanya akan menerima royalti sebagai imbuhan daripada penerbit. Amalan membayar royalti diterima secara meluas dalam industri kreatif termasuk industri penerbitan buku. Penulis layak menerima royalti selagi karyanya masih diterbitkan. Royalti akan terus dibayar sehingga 50 tahun selepas kematian penulis. Tempoh ini dipersetujui dalam Berne Convention (sila google). Selepas TPPA ditandatangi, kemungkinan besar tempoh ini akan dilanjutkan sehingga 70 tahun. Ini bermaksud waris penulis berhak mendapat royalti selepas kematian penulis. Walaupun dalam perjanjian tidak dinyatakan tempoh 50 tahun / 70 tahun ini, ia menjadi amalan yang diterima pakai dalam pembayaran royalti. Karya yang malar segar (evergreen) dan sentiasa dibaca melewati zamannya berpotensi memberi pendapatan pasif bukan…

  • Harta pusaka

    Perancangan harta pusaka (estate planning) moden

    Selain royalti sebagai pusaka, aset kita yang lain adalah sebahagian daripada harta pusaka yang akan diwariskan. Bukan itu sahaja, hutang juga perlu difikirkan cara pengurusannya selepas kita meninggal dunia. Wasiat pada hari ini bukan semata-mata pesanan pembahagian harta kepada waris. Namun, wasiat menjadi dokumen yang penting dalam pengurusan harta pusaka selepas kematian. Dalam wasiat, kita boleh melantik Wasi iaitu pihak yang akan menguruskan pentadbiran harta pusaka selepas kematian. Syarikat amanah boleh dilantik sebagai Wasi. Contohnya As-salihin Trustees Berhad, sebuah syarikat pemegang amanah yang menyediakan perkhidmatan berkaitan perancangan pusaka orang Islam. Apakah tugas syarikat amanah yang dilantik menjadi Wasi: 1. Membaca wasiat kepada waris dan menerangkan proses pentadbiran harta pusaka daripada…

Social media & sharing icons powered by UltimatelySocial