• Blog,  Buku

    Hujan

    Saya hampir putus asa. Hujan lebat menderu-deru semasa kami hendak keluar dari Tesco. Jarak pandang hadapan terganggu. Perlu berhati-hati. Kecewa sebab barang yang dicari tiada. Jurujual mencadangkan kami pergi ke Giant. Sepelaung sahaja dari Tesco. (Kira-kira 3 minit memandu.) Yan mengajak saya ke sana. Mahu selesaikan tujuan kami. Mencari kain yang sepadan warna biru muda. Sebelum itu, kami singgah di rumah seorang teman. Saya memesan kain corak batik daripadanya. Sebenarnya sudah lebih 2 tahun tidak bertemu. Syukur pintu rumah terbuka. Dapat makin karipap dan teh ‘O’ sambil berborak hal kain dan jahit-menjahit. Eh, yang menjahit tu bukan saya. Yan, tukang jahit. Jahit baju Myra dan Zikr, si buah hati. Bagus…

Social media & sharing icons powered by UltimatelySocial