• Blog,  Penulisan

    Pencetus Idea Julai 2020

    Selamat datang Julai. Sudah masuk hari ke-7. Nampaknya saya terlewat menyediakan writing prompts atau pencetus idea. Boleh dikatakan bulan ini ialah ulangtahun #blogchallenge yang saya mulakan dengan 31 pencetus idea buat rakan blogger yang berminat menyertai. Saya terjumpa senarai pencetus idea yang menarik disediakan oleh ‘M’ dalam blog ini. Saya tukarkan ke bahasa Melayu. 31 Pencetus Idea Julai 2020 Halaman hati yang bersuara Metropolitan di awangan Magika rembulan yang berbalam Kembang sempurna Pedih tersingkir Naga di tab mandian Gerobok mewah Jika kita mampu… Cahaya fajar Sisa-sisa kesesalan Sang pembunuh tivi plasma Si larva yang memaksaku Panggil tukang paip; aku buntu Jangan katakan ia takdir Maaf, aku perlukan secangkir kopi Secarik…

  • Aktiviti,  Blog

    Belajar Buat Jurnal Kembara oleh Emila Yusof

    Sesekali berjalan ke tempat orang atau melancong ke luar negara, pasti kita mahu simpan barang atau cenderahati sebagai kenangan. Apabila sampai ke rumah, kita kemas beg dan cuci pakaian. Kemudian, buka dompet pasti terselit kepingan resit, tiket kapal terbang di celah helaian passport, tiket muzium atau tiket masuk ke tempat tarikan yang kita lawati. Sama ada kertas-kertas ini dibuang begitu sahaja atau diabadikan dalam satu jurnal kembara. Idea yang bagus bukan? Saya kagum dengan jurnal kembara yang Kak Emila Yusof hasilkan. Tahun lepas saya dapatkan dua jurnal kembara beliau yang siap dicetak. Jurnal kembara Jepun dan Itali-Swiss. Kami berpeluang belajar dengan Kak Emila untuk menghasilkan jurnal kembara. Tidak sangka dengan…

  • Blog

    Susun

    Bagi orang yang jarang menulis dengan kerap, hendak menulis satu artikel yang pendek sahaja mengambil masa yang lama. Buntu dan tidak memperoleh idea dengan pantas. Sedangkan idea ada di keliling kita. Neil Patel menyatakan, membaca untuk mendapat input, menulis sebagai output. Entri blog yang mudah dikongsi oleh pembaca biasanya panjang dan melebihi 1,000 patah perkataan. Jika anda menulis 2,500 hingga 3,000 patah perkataan lebih banyak pembaca akan berkongsi entri blog tersebut. Ini disebabkan artikel yang panjang memberi maklumat yang secukupnya dan memberi kepuasaan kepada pembaca. Semua ini boleh dicapai dengan latihan menulis dan mengikut struktur entri yang bagus. Neil Patel memberikan panduan penulisan entri blog yang dipecahkan kepada lima bahagian:…

  • Blog

    Budi

    Berbudi pada tanah itu memang nampak hasilnya. Cuma perlu bersabar. Oleh sebab saya duduk di kampung, ada tanah sedikit di keliling rumah. Sejak kecil tinggal di sini. Tanah yang ada ini sehingga hari ini ada hasil buah-buahan yang dapat kita merasa. Mak rajin menanam pokok buah-buahan. Ada durian,rambutan, mempelam, sukun, manggis dan nangka. Semasa hidupnya mak selalu cakap, nanti kalau dia dah tiada dapatlah juga anak cucu makan buah-buahan tempatan. Durian bila tiba musimnya, berbuah juga. Rambutan ada. Tapi selalu juga diinjak-injak monyet habis gugur. Pokok mempelam buahnya banyak tapi isinya tak menjadi sangat. Gugur masih muda di atas atap rumah kereta. Mak tanam pokok petai. Ada beberapa tahun pokok…

  • Blog,  Resepi

    Kaya

    Masa kecil saya memang tak pandai makan kaya atau seri kaya. Mak pun tak berapa gemar. Biasanya kami makan roti sapu marjerin dan bakar atas tudung periuk. Kadang-kadang buat sarapan. Atau pun balik sekolah petang-petang pun boleh makan roti bakar marjerin letak gula. Cuma bila dan besar-besar baru belajar makan roti dengan kaya atau beli roti berinti kaya. Bahan asas untuk buat kaya ada tiga sahaja, iaitu telur, santan dan gula. Kemudian ditambah daun pandan untuk aroma yang wangi dan tepung jagung jika suka untuk memekatkan kaya. Kaya atau seri kaya itu terkenal di Asia Tenggara. Kaya dalam bahasa Melayu juga membawa maksud pekat. Jadi bancuhan telur, santan dan gula…

Social media & sharing icons powered by UltimatelySocial