Kek Pisang in the kitchen. Minggu lepas ada setandan pisang yang dah matang. Masih hijau lagi. Tunggu beberapa hari, sesisir demi sesisir pun masak.
Dah selamat dibuat jemput-jemput dan pengat pisang dan sagu. Masih ada lagi ini. Dah level 5 tahap kemasakan dia tu. Manis. Maka menjadi kek pisang la pada petang yang dingin ini. Senang sahaja nak buat.

Bahan:
2 cawan tepung
1 sudu teh soda bikarbonat
1 sudu teh baking powder
Sedikit garam
(Ayak semua sekali)
4 biji telur
1 cawan gula (saya kurangkan jadi 3/4)
3 biji pisang (atau satu cawan)
1 sudu teh vanila (jika tiada pun takpe)
(Blend semua sekali)
1 cawan minyak jagung/minyak masak
Cara:
Masukkan bahan yang dah blend ke dalam tepung yang dah ayak. Kacau rata guna spatula. Lepas itu masukkan minyak. Kacau sebati. Bakar dalam tin 8″ x 8″ yang sudah dilengser dengan marjerin/butter. Suhu 170c selama 45-50 minit ikut panas oven. Cucuk dengan lidi atau penyucuk kek. Kalau tak melekat dah masak. Hidangkan dengan teh.
Selamat petang.