• Nota Khutbah

    Bersangka baik

    “(Allah) menciptakan mati dan hidup, untuk menguji kamu, siapakah diantara kamu yang lebih baik amalannya dan ia Maha Kuasa lagi Maha Pengampun.” (Al-Mulk: 2) Bagi orang Islam yang beriman, semua perkara adalah ujian daripada Allah sama ada susah ataupun senang. Bersangka baik dengan Allah bermaksud menerima ujian dan cabaran sebagai satu jalan untuk mendekatkan diri kepada Allah. Begitu juga kita bersangka baik dengan manusia supaya tidak menimbulkan lebih banyak kekecohan dan hasad dengki. Ini adalah ciri mukmin sejati seperti yang disebutkan dalam Hadis Nabi Muhammad SAW: “Amat menakjubkan sikap seorang mukmin yang sentiasa memandang baik terhadap segala sesuatu di sekelilingnya. Sikap ini sebenarnya tidak pernah wujud pada umat lain kecuali…

  • Nota Khutbah

    Talhah Bin Ubaidillah, sahabat Nabi yang berharta dan bertaqwa

    “Dan tuntutlah dengan harta kekayaan yang telah dikurniakan Allah kepadamu akan pahala dan kebahagian hari Akhirat dan janganlah engkau melupakan bahagianmu (keperluan dan bekalanmu) dari dunia dan berbuat baiklah (kepada hamba-hamba Allah) sebagaimana Allah berbuat baik kepadamu (dengan pemberian nikmatnya yang melimpah-limpah) dan janganlah engkau melakukan kerosakan di muka bumi; Sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang yang berbuat kerosakan.” (Al-Qasas: 77) Ujian harta dan kesenangan banyak membuat manusia lupa kepada Allah, melainkan orang yang bertakwa. Salah seorang sahabat Nabi yang bernama Talhah Bin Ubaidullah terkenal sebagai orang yang berharta namun tinggi tingkat takwanya. Beliau adalah salah seorang daripada sepuluh sahabat Nabi yang dijanjikan syurga. Pengorbanannya dalam agama mendapat ganjaran yang…

  • Nota Khutbah

    Kelebihan Muslim yang bersaudara dan memberi manfaat

    “Dan orang-orang Ansar yang mendiami negeri (Madinah) serta beriman sebelum kedatangan mereka (orang-orang Muhajirin) mengasihi orang-orang yang berhijrah ke negeri mereka, dan tidak ada pula dalam hati mereka perasaan berkehendak kepada yang yang telah diberikan kepada orang-orang yang berhikrah itu, dan mereka juga mengutamakan orang-orang yang berhijrah itu lebih daripada diri mereka sendiri, sekalipun mereka dalam keadaan kekurangan dan sangat-sangat berhajat, dan sesiapa yang menjaga serta memelihara dirinya daripada dipengaruhi oleh tabiat bakhil, maka merekalah orang-orang yang berjaya.” (Surah Al-Hasr: 9) Hijrah Nabi Muhammad dan para sahabat ke Madinah adalah detik penting dalam sejarah umat Islam. Ini adalah peristiwa yang menunjukkan bukti bahawa perpindahan dari satu tempat ke tempat yang…

  • Nota Khutbah

    Larangan mengemis

    “Kamu sekali-kali tidak sampai kepada kebajikan (yang sempurna), sebelum kamu menafkahkan sebahagian harta yang kamu cintai dan apa sahaja yang kamu nafkahkan maka sesungguhnya Allah mengetahuinya.” (Ali-Imran: 92) Sikap suka meminta-minta dan mengemis antara sifat yang dicela dalam Islam. Rasulullah SAW menegaskan dalam satu Hadis yang diriwayatkan oleh Abdullah Bin Umar r.a: “Terus-menerus seseorang itu suka meminta-minta kepada orang lain hingga pada hari kiamat dia datang dalam keadaan wajahnya tidak ada sepotong daging pun.” (Riwayat Bukhari) Nyata di sini, Islam melarang umatnya mengemis kerana ia menunjukkan sifat malas. Tidak kurang juga yang menipu tentang keadaan diri semata-mata ingin meraih kasihan daripada orang ramai. Rasulullah SAW mengingatkan sekali lagi dalam hadisnya:…

  • Nota Khutbah

    Sederhana dalam keperluan hidup

    “Dan juga mereka apabila membelanjakan hartanya, tiada melampaui batas dan tiada pula bakhil kedekut dan sebaliknya perbelanjaan mereka adalah betul sederhana diantara kedua-duanya (boros dan bakhil) itu.” (Al-Furqan: 67) Empat peringkat keperluan bagi manusia seperti yang ditetapkan Islam adalah keperluan yang mendesak, keperluan yang dihajati, keperluan yang lebih baik dan keperluan yang lebih lengkap. Allah mengurniakan nikmat yang luas kepada manusia dalam pelbagai bentuk seperti hidup aman, sihat tubuh badan, bahagia dengan keluarga dan orang tersayang, umur yang panjang dan kekayaan harta benda. Kadang kala kesenangan adalah ujian daripada Allah. Oleh sebab itu, kita diingatkan agar sentiasa bersyukur. Mengurus perbelanjaan dengan baik adalah tanda kita mensyukuri nikmatnya dan menggunakan amanah…

Social media & sharing icons powered by UltimatelySocial