• Harta pusaka,  Harta sepencarian

    Kaitan Faraid dan pentadbiran harta pusaka di Malaysia

    Sarah kalut. Pagi tadi abang iparnya datang ke rumah bertanyakan buku akaun Zul, arwah suaminya. Dua minggu lalu kehidupan Sarah berubah. Zul meninggal di pejabat akibat serangan jantung. Zul tempat dia bergantung harap dan berkasih sayang. Sarah tidak bekerja. Selama ini, dia setia mengurus rumah tangga dan kebajikan anak-anaknya, Fatimah dan Abdullah. “Sarah dah kumpulkan semua buku akaun Zul? Abang nak uruskan hal harta arwah secepat mungkin.” Sarah hanya mampu memberi pandangan kosong. “Nanti Sarah cari dulu. Sarah pun tak pasti mana arwah Abang Zul letak,” jawabnya acuh tak acuh. Padahal dia sudah membelek-belek buku Tabung Haji dan penyata bank suaminya. Dalam diam dia bersyukur. Zul seorang yang berjimat cermat…

Social media & sharing icons powered by UltimatelySocial