• Resepi

    Kek Oren

    Akibat terjumpa satu botol Orange Marmalade yang dibeli 2 tahun lepas, maka terhasillah Kek Oren ini. Saya menggunakan resepi asas kek butter dan olah sedikit untuk menambah perisa oren. Sekejap sahaja membuatnya. Semua bahan dah ada, hanya perlukan kurang 30 minit untuk menyiapkan bancuhan kek. Kemudian bakar dalam 30-40 minit. Selamat mencuba. Bahan: 200 gram butter unsalted 200 gram tepung 150 gram gula 50 gram / 2 sudu besar orange marmalade 4 biji telur 1/2 sudu teh garam 1 sudu teh baking powder 1 sudu teh vanila 50 ml jus oren (saya guna 1/2 biji oren dan perah jusnya) Cara: 1. Sapu sedikit butter pada loyang 8×8. Alas dengan baking…

  • Resepi

    Mi Goreng (Guna Spageti)

    Sepatutnya hari ini ada aktiviti jalan-jalan-ambil-gambar-menulis bersama Zana dan kawan-kawan. Kami batalkan sejurus PM umumkan PKP bermula 18 Mac lalu. Tidak mengapalah. Sekarang sudah masuk minggu ketiga. Dah mula biasa masak sendiri apa yang kita nak makan. Hidangan yang mudah-mudah saja. Hari ini masak Mi Goreng. Guna spageti gantikan mi kuning. Spageti versatil. Selain digunakan nak buat Laksa Johor, boleh guna buat mi goreng seperti ini. Sepeket spageti tidak mahal. Yang ini saya beli jenama Kimball. Kurang RM4 untuk sepeket 500g pasta. Senang disimpan dan tahan lama berbanding mi kuning. Anak saudara yang belajar di Alex dulu pernah masak mi goreng guna spageti. Sedap pulak tu. Jadi, terjadilah Mi Goreng…

Social media & sharing icons powered by UltimatelySocial