• Saham

    Roller coaster emosi dalam pasaran saham

    Pasaran saham ini satu dunia yang dinamik. Malahan manusia yang menjadi penggerak utama. Manusia memang sifatnya sukar dijangka. Ini menjadikan pasaran saham mempunyai ketidaktentuan yang kadang kala mengejutkan pelabur. Namun, bagi pelabur yang bijak mereka harus tahu mengawal emosi. Membuat pelaburan berpandukan emosi boleh menyebabkan anda gagal sama sekali. Kemudian menyesal dan tidak mahu memperbaiki teknik pelaburan mahu pun mencari ilmu. Empat emosi yang biasanya menguasai pelabur: Takut (fear) Sentimen dalam pasaran mempengaruhi tingkah laku pelabur. Apabila wujud risiko seperti situasi ekonomi yang tidak menggalakkan, pendapatan syarikat yang dijangka tidak mencapai sasaran atau spekulasi yang terjadi akibat peristiwa yang berlaku di peringkat global. Contohnya, harga minyak dunia yang turun naik…

  • Pelaburan

    Farewell note Tan Sri Azman Mokhtar

    Sebak juga baca nota Tan Sri Azman Mokhtar selepas beliau meninggalkan Khazanah Nasional selepas 14 tahun. Satu institusi penting negara yang menguruskan dana pelaburan kerajaan atau disebut sebagai ‘sovereign wealth fund’. Walaupun baru-baru ini Khazanah dikatakan membuat pelaburan yang merugikan (RM80 juta) dalam syarikat online yang menjual pakaian dalam Zivame, hakikatnya pencapaian beliau lebih besar daripada itu. Saya nak ambil beberapa poin penting dalam nota beliau. Pada saya ia bukan sekadar nota selamat tinggal, tapi ia penuh hikmah daripada seorang yang berpengalaman luas dan tokoh yang berpandangan jauh. Yang paling utama ialah amanah yang beliau pegang ini begitu besar kerana ia melibatkan dana kerajaan. 1. Pesanan menjalankan amanah dan keadilan…

  • Pelaburan

    Melabur seperti tanam pokok durian

    Rezeki buah durian daripada beberapa pokok yang mak tanam banyak juga. Beberapa minggu sebelum Ramadhan, buah durian mula gugur. Ada yang isinya kuning, rasanya sedikit pahit dan lemak manis. Ada yang isinya putih kekuningan, lembik dan manis tapi tidak tebal. Ada yang isinya tebal dan rasanya sedang-sedang antara pahit dan manis. Yang isinya kuning itu kegemaran saya. Anak saudara saya pun suka. Anda suka jenis yang macam mana? Anak saudara saya yang lelaki paling suka kalau mak suruh mereka tengok durian yang gugur. Mereka kutip dan mula berkira-kira bila durian itu boleh dikopek. “Hasil durian dapatlah kita merasa sama-sama. Kalau tidak menanam bertahun dulu, mungkin tak merasa durian daripada tanah…

  • Pelaburan,  Umum

    Save for the good old days

    Rumah pasangan ini di atas bukit. Apabila duduk di beranda, kelihatan rumah-rumah lain di kawasan sama, lebuhraya dan jalan yang sibuk nun jauh beberapa kilometer daripada sini. Angin menyapa wajah pada kala pagi, tengahari atau petang. Setiap kali saya dan rakan sejawat datang, kami dihidangkan teh o kurang manis dan kek atau paling kurang buah-buahan. “Auntie minum teh tak letak gula. Kamu nak gula, bubuh sendiri la ya,” pelawa Auntie Ros usai pembantunya meletakkan dulang di atas meja. Auntie Ros kemudian menyerahkan salinan dokumen yang kami minta semasa pertemuan lalu. “Masa muda dulu Auntie dengan Uncle memang berjimat habis. Uncle bertugas sebagai pegawai estet. Jadi kehidupan kami hanya tertumpu di…

Social media & sharing icons powered by UltimatelySocial