• Harta pusaka

    Q&A – Harta pusaka Islam (Siri 2)

    Pentadbiran harta pusaka melibatkan banyak pihak dan masing-masing mempunyai peranan penting untuk memastikan pentadbiran harta pusaka si mati dapat diuruskan dengan baik dan selesai dalam tempoh yang munasabah.Soalan 6:Siapakah Wasi dan apakah syarat-syarat layak menjadi Wasi (Executor)?Wasi (Executor) ialah orang yang dilantik oleh pewasiat dalam Surat Wasiat untuk melaksanakan pentadbiran harta pusaka selepas kematian pewasiat termasuk hasrat dan pesanan pewasiat. Orang yang dimaksudkan disini boleh jadi seorang individu ataupun organisasi seperti syarikat amanah.Pewasiat bebas melantik sesiapa menjadi Wasi samaada individu berkenaan di kalangan waris ataupun sahabat handai. Syarikat amanah seperti Amanah Raya Berhad dan As-Salihin Trustee Berhad juga boleh dilantik sebagai Wasi. Kedua-dua syarikat amanah mempunyai kepakaran dan pengalaman dalam pentadbiran dan pengurusan harta…

  • Harta pusaka

    Q&A – Harta pusaka Islam (Siri 1)

    Alhamdulilah kesedaran semakin meningkat di kalangan masyarakat tentang kepentingan merancang pengurusan harta pusaka. Walaubagaimanapun, masih ramai yang kurang jelas bagaimana hendak memulakan langkah yang sesuai. Pelbagai persoalan timbul samada bagi waris ataupun bagi individu yang hendak membuat perancangan. Isu harta pusaka berkait rapat dengan kematian. Kadangkala ahli keluarga yang menimbulkan isu ini dikatakan sebagai materialistik atau tamak. Banyak salah faham berlaku. Inilah salah satu punca aset beku milik orang yang telah meninggal dunia tidak dapat diselesaikan sehingga kini.Kita tidak perlu segan silu atau takut untuk bercerita tentang hal harta pusaka. Insya Allah, saya akan menulis entri-entri berkaitan harta pusaka melalui soal jawab yang relevan dengan topik ini. Soalah-soalan berikut adalah…

Social media & sharing icons powered by UltimatelySocial