• Harta pusaka

    Perkara yang saya belajar dalam Bilik Bicara Pusaka Kecil

    Pegawai dari Pejabat Pusaka Kecil menghubungi saya untuk memaklumkan sesi bicara bagi pusaka arwah ayahanda saya. Permohonan yang kami hantar setahun lalu sudah diproses oleh Unit Pembahagian Pusaka. Beberapa bulan lalu, wakil dari Jabatan Penilaian datang untuk membuat penilaian tanah yang dimiliki arwah. Saya berdebar menunggu hari perbicaraan. Entah kenapa. Mungkin perkataan bicara itu sendiri memberi perspektif yang menggemparkan. Sedangkan sesi ini kemudiannya terbukti adalah satu sesi yang mudah dan lancar, menurut pengalaman saya sendiri. Banyak perkara yang saya belajar dalam Bilik Bicara Pusaka Kecil. Sebelum ini saya tertanya-tanya apakah yang akan berlaku semasa perbicaraan. Saya tiada pengalaman. Saya ada bertanya dengan seorang rakan untuk mendapatkan gambaran tentang soalan dan…

  • Harta pusaka,  Harta sepencarian

    Kaitan Faraid dan pentadbiran harta pusaka di Malaysia

    Sarah kalut. Pagi tadi abang iparnya datang ke rumah bertanyakan buku akaun Zul, arwah suaminya. Dua minggu lalu kehidupan Sarah berubah. Zul meninggal di pejabat akibat serangan jantung. Zul tempat dia bergantung harap dan berkasih sayang. Sarah tidak bekerja. Selama ini, dia setia mengurus rumah tangga dan kebajikan anak-anaknya, Fatimah dan Abdullah. “Sarah dah kumpulkan semua buku akaun Zul? Abang nak uruskan hal harta arwah secepat mungkin.” Sarah hanya mampu memberi pandangan kosong. “Nanti Sarah cari dulu. Sarah pun tak pasti mana arwah Abang Zul letak,” jawabnya acuh tak acuh. Padahal dia sudah membelek-belek buku Tabung Haji dan penyata bank suaminya. Dalam diam dia bersyukur. Zul seorang yang berjimat cermat…

  • Harta pusaka

    Bagaimana menghantar permohonan pentadbiran Pusaka Kecil

    Pusaka kecil ditakrifkan sebagai harta si mati yang bernilai kurang RM2 juta. Semua harta sama ada harta alih atau harta tak alih dikumpulkan dan akan diagihkan kepada waris yang berhak. Sekiranya si mati tidak meninggalkan wasiat dan harta pusakanya bernilai kurang RM2 juta, waris boleh menghantar permohonan ke Pejabat Pusaka Kecil. Ia diuruskan oleh Bahagian Pembahagian Pusaka (BPP). Langkah demi langkah untuk membuat permohonan pentadbiran pusaka kecil Pertama Kumpul semua maklumat harta si mati seperti buku akaun, penyata akaun, geran tanah atau rumah, geran kereta, akaun pelaburan seperti ASB dan unit amanah yang lain, Lembaga Tabung Haji, KWSP dan lain-lain. Kumpul salinan kad pengenalan waris termasuk pasangan, anak-anak, ibu dan…

Social media & sharing icons powered by UltimatelySocial