• Harta pusaka

    Royalti sebagai pusaka

    Penulis, artis dan ahli muzik biasanya akan menerima royalti sebagai imbuhan daripada penerbit. Amalan membayar royalti diterima secara meluas dalam industri kreatif termasuk industri penerbitan buku. Penulis layak menerima royalti selagi karyanya masih diterbitkan. Royalti akan terus dibayar sehingga 50 tahun selepas kematian penulis. Tempoh ini dipersetujui dalam Berne Convention (sila google). Selepas TPPA ditandatangi, kemungkinan besar tempoh ini akan dilanjutkan sehingga 70 tahun. Ini bermaksud waris penulis berhak mendapat royalti selepas kematian penulis. Walaupun dalam perjanjian tidak dinyatakan tempoh 50 tahun / 70 tahun ini, ia menjadi amalan yang diterima pakai dalam pembayaran royalti. Karya yang malar segar (evergreen) dan sentiasa dibaca melewati zamannya berpotensi memberi pendapatan pasif bukan…

Social media & sharing icons powered by UltimatelySocial