• Umum

    Sesekali – Telefilem di TV2 dengan Tema Hari Bapa

    Jarang sekali menonton televisyen. Malam tadi saya buka siaran TV2 kerana ramai rakan di Facebook berkongsi status tentang telefilem Sesekali. Sebuah produksi yang diusahakan dengan kerjasama RTM dan DBP adaptasi puisi Sesekali karya Siti Zaleha M. Hashim. Tahniah kepada semua pihak yang terlibat kerana berjaya membawa ramai penonton untuk menghadap tv malam semalam. Melihat pada trending di twitter. Saya juga terikut-ikut menonton kerana status kawan-kawan. Satu lagi yang menggamit saya untuk membuka siaran TV2 ini ialah telefilem ini diadaptasi daripada sebuah puisi dan sebuah novel turut ditulis oleh Lily Haslina Nasir dengan judul yang sama. Ia dihasilkan sempena Hari Bapa. Menarik kan? Saya kongsikan di sini, puisi Sesekali oleh Siti…

Social media & sharing icons powered by UltimatelySocial