• Umum

    Selamat Hari Guru

    Saya teringat beberapa minggu sebelum bapa saya meninggal dunia, dia bergigih untuk pergi mengajar ngaji. Kebiasaannya memang dia akan pergi mengajar ngaji setiap minggu di Kampung Pasir, Tampoi. Cuma, sudah hampir sebulan lebih tidak dapat berbuat demikian kerana tidak sihat. Jadi, pada hari itu dia bangun awal dan bersiap. Katanya dah sihat dan hendak pergi ke kelas. Oleh sebab keadaan dirinya, saya pergi menemankan. Sejak dia tidak berapa sihat, kami tidak beri dia memandu sendirian. Saya menunggu sekejap sebelum dia masuk ke kelas. Kemudian pulang ke rumah. Lebih kurang pukul 11 pagi, saya kembali ke lokasi kelas. Saya rasa dia gembira dapat jumpa pelajar dan mengajar. Walaupun ada beberapa orang…

Social media & sharing icons powered by UltimatelySocial