• Blog

    Kerana Semangkuk Soto

    Saya datang lagi ke Perpustakaan Awam Johor. Kali ini berjanji dengan seorang kenalan penerbit. Dia selalu berada di sini untuk menyiapkan tugasan. Katanya suasana tenang dan tempat makan pun disediakan. Kami berbual-bual hal buku. Sesekali bagus juga ada kenalan dalam bidang yang sama. Bersemangat mendengar tentang projek buku yang akan dihasilkan. Jadi, saya juga mesti bersungguh-sungguh menyiapkan kerja penerbitan yang sudah dirancang. Azan berkumandang. Sememangnya saya rancang mahu balik awal. Saya sempat siapkan satu entri blog sebelum menutup komputer riba. Kenalan saya mengajak makan tengah hari di Ilmu@Kafe. Kedai makan yang dibina menggunakan kabin kontena 20 kaki. Tahun lepas saya datang ke Perpustakaan, ia masih dalam proses binaan. Sudah beroperasi…

Social media & sharing icons powered by UltimatelySocial