• Travel

    Flora dan Fauna di Gardens by the Bay, Singapore

    Gardens By The Bay, sebuah taman yang dibina indah di Singapura. Lokasinya berhampiran Marina Bay. Rancangan saat akhir untuk ke Singapura hujung tahun ini akhirnya dapat dilaksanakan. Saya dapat masuk ke Gardens by the Bay (GB) pada 26 Disember lalu. Kami beli tiket secara online daripada laman web GB untuk mendapatkan harga istimewa bagi melihat Christmas Wonderland yang menghiasi kawasan Super Grove. Hiasan ini hanya dibuka sehingga 26 Disember. Jadi ini adalah hari terakhir pameran. Pada hari lain, pengunjung boleh memasuki kawasan ini secara percuma kerana ia adalah taman luar (outdoor gardens). Kami beli tiket kombo berharga SGD31 untuk masuk ke Cloud Forest dan Flower Dome. Dua taman ini dibina…

Social media & sharing icons powered by UltimatelySocial