• Travel

    Kanchanaburi dan Lopburi, dua daerah unik di luar Bangkok

    Waktu di Bangkok sejam awal daripada Kuala Lumpur. Hari kedua kami ke Kanchanaburi, lebih 200km dari Bangkok. Kami bertujuh menyewa teksi. 3500baht (RM430) untuk sehari. Pemandu teksi Mr Jantee boleh berbahasa Inggeris. Matahari mula meninggi. Kami berhenti sebentar di tepi jalan. Saya tak ingat nama tempat itu. Di bahagian kiri terbentang ‘sawah’ garam atau ladang. Serupa macam petak sawah. Air laut disalirkan ke dalam petak sawah mengikut jadual. Kemudian, garam akan dituai. Sempat juga kami bergambar di tepi jalan. Garam ini akan dibekalkan untuk pasaran tempatan dan luar negara. Damnoensaduak Floating Market Jantee membawa kami ke salah satu Floating Market yang terbesar iaitu Damnoensaduak Floating Market. Pasar terapung menjadi tarikan…

  • Travel

    Bangkok, ibu kota penuh warna warni

    Bulan depan saya akan ke Bangkok sekali lagi. Tapi sebelum itu, saya mahu kongsikan catatan dua tahun lalu. Bangkok antara tempat yang saya suka. Tahun 2016, saya pergi bersama rakan dan sempat ke Bangkok dan beberapa daerah luar seperti Kanchanaburi dan Lopburi. Suhu turun mendadak di Bangkok. Kurang 20c pada 25 Jan 2016. Beberapa hari sebelum penerbangan saya ke bandar ini. Namun, suhu kembali seperti biasa. Hangatnya lebih kurang sama dengan cuaca di Kuala Lumpur. Kurang dua minggu saya beli tiket ke Bangkok. Harga tiket masih murah, kurang RM150. Rancangan asal saya akan pulang menaiki bas atau tren hingga ke Pulau Pinang. Namun, saya menghabiskan lima hari di Bangkok dan…

Social media & sharing icons powered by UltimatelySocial