• Buku

    Backpack Brunei: Datang Disambut Taufan oleh Normi Nas

    Buku ini ditulis berdasarkan pengalaman Normi berdepan dengan situasi yang mengancam nyawa. Ia berlaku semasa tahun 2015 apabila Normi ke Brunei dalam bulan Ramadhan. Detik cemas dirasai oleh semua penumpang penerbangan Air Asia. Bayangkan cuaca buruk yang dialami ketika mahu mendarat. Normi ada berkongsi status tentang peristiwa ini di Facebook dan menjadi viral. Membaca semula dengan lebih terperinci catatan Normi menimbulkan keinsafan dalam diri. Dekat atau jauh musafir kita ini, belum tentu kita dapat tiba dengan selamat. Hanya takdir Allah yang menentukan. Pastinya kita mahu sampai di destinasi yang dituju dengan rasa tenang dan gembira. Alhamdulilah, Normi dan semua penumpang selamat. Naskhah ini juga sangat istimewa kerana saya bersama Normi…

  • GST

    Mengurangkan Kesan GST

    Ulasan buku oleh Saudara Nizam Yatim di Utusan pada 31 Julai 2015. BUKU ini sesuai dibaca oleh semua pihak yang ingin mengetahui tip terbaik untuk berjimat cermat setelah kerajaan memperkenalkan cukai barang dan perkhidmatan (GST). Segala idea yang diberikan memang cukup bermanfaat dan praktikal memandangkan latar belakang penulis sebagai seorang akauntan berdaftar dengan Institut Akauntan Malaysia (MIA). Langkah kerajaan memperkenalkan GST adalah sesuatu yang tidak dapat dielakkan kerana 82 peratus daripada 195 negara di dunia telah melaksanakannya berikutan banyak manfaat yang boleh diperoleh. China ialah antara negara terawal di Asia yang melaksanakannya pada 1980 manakala Indonesia merupakan negara pertama di Asia Tenggara yang mula memper­kenalkan GST pada 1984 yang kemudiannya…

  • GST

    GST Berfaedah Kepada Peniaga

    Ulasan buku oleh Saudara Nizam Yatim di Utusan pada 28 Ogos 2015. BUKU ini membincangkan me­ngenai cukai barang dan perkhidmatan (GST) yang te­lah dilaksanakan oleh 160 negara di seluruh dunia. GST yang merupakan sistem cukai berdasarkan nilai tambah ke atas barang dan perkhidmatan mula diperkenalkan di Perancis dan Monaco pada 1954. Sehingga kini, sebanyak 53 negara Eropah telah melaksanakannya. Hanya dua negara sahaja di bawah keanggotaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) di benua itu yang tidak menjalankannya iaitu Andorra dan San Marino. Selain daripada dua negara tersebut, 39 lagi negara anggota PBB tidak melaksanakan GST termasuk Amerika Syarikat, Arab Saudi, Maldives, Angola, Brunei dan Myanmar. Lebih banyak negara kini sedang merancang…

Social media & sharing icons powered by UltimatelySocial