• Harta pusaka

    Siapa waris Faraid untuk harta pusaka orang Islam?

    “Mak Long, bila nak serah bahagian tanah untuk Abah?” Hakim tidak sabar-sabar ingin tahu tentang pusaka Pak Long yang baru meninggal dunia sebulan lalu. Dia anak saudara Pak Long, anak kepada adik bongsu Pak Long. Adakah Hakim layak menerima harta pusaka Pak Long? Dalam sistem perwarisan Islam, waris berhak menerima pusaka dengan tiga sebab iaitu pertalian darah, perkahwinan dan persaudaraan sesama Islam. Kebanyakan waris Faraid adalah disebabkan pertalian darah. Suami atau isteri mewarisi disebabkan perkahwinan. Hanya pasangan yang masih sah dalam perkahwinan semasa kematian layak mewarisi. Manakala, Baitulmal (institusi yang menguruskan hal ehwal orang Islam) layak mewarisi jika si mati tidak mempunyai waris disebabkan pertalian darah atau perkahwinan. Sebagai contoh,…

Social media & sharing icons powered by UltimatelySocial