• Harta pusaka

    Perancangan harta pusaka (estate planning) moden

    Selain royalti sebagai pusaka, aset kita yang lain adalah sebahagian daripada harta pusaka yang akan diwariskan. Bukan itu sahaja, hutang juga perlu difikirkan cara pengurusannya selepas kita meninggal dunia. Wasiat pada hari ini bukan semata-mata pesanan pembahagian harta kepada waris. Namun, wasiat menjadi dokumen yang penting dalam pengurusan harta pusaka selepas kematian. Dalam wasiat, kita boleh melantik Wasi iaitu pihak yang akan menguruskan pentadbiran harta pusaka selepas kematian. Syarikat amanah boleh dilantik sebagai Wasi. Contohnya As-salihin Trustees Berhad, sebuah syarikat pemegang amanah yang menyediakan perkhidmatan berkaitan perancangan pusaka orang Islam. Apakah tugas syarikat amanah yang dilantik menjadi Wasi: 1. Membaca wasiat kepada waris dan menerangkan proses pentadbiran harta pusaka daripada…

  • Harta pusaka

    Bagaimana menghantar permohonan pentadbiran Pusaka Kecil

    Pusaka kecil ditakrifkan sebagai harta si mati yang bernilai kurang RM2 juta. Semua harta sama ada harta alih atau harta tak alih dikumpulkan dan akan diagihkan kepada waris yang berhak. Sekiranya si mati tidak meninggalkan wasiat dan harta pusakanya bernilai kurang RM2 juta, waris boleh menghantar permohonan ke Pejabat Pusaka Kecil. Ia diuruskan oleh Bahagian Pembahagian Pusaka (BPP). Langkah demi langkah untuk membuat permohonan pentadbiran pusaka kecil Pertama Kumpul semua maklumat harta si mati seperti buku akaun, penyata akaun, geran tanah atau rumah, geran kereta, akaun pelaburan seperti ASB dan unit amanah yang lain, Lembaga Tabung Haji, KWSP dan lain-lain. Kumpul salinan kad pengenalan waris termasuk pasangan, anak-anak, ibu dan…

  • Harta pusaka

    Lima perkara anda perlu lakukan untuk mudahkan urusan pusaka

    Kematian itu pasti. Namun, selagi kita bernafas kita tidak akan berhenti berusaha mencapai impian dan melalui masa yang terus berlalu. Semasa kita hidup, selagi mampu dan terdaya kita boleh melakukan banyak perkara sendiri. Adakalanya dibantu orang lain. Bila kita sudah tiada, siapa yang akan melakukan perkara-perkara penting bagi pihak diri ini? Salah satunya ialah pengurusan harta pusaka. Harta yang dimiliki oleh si mati semasa hidupnya menjadi harta pusaka yang akan diagihkan kepada waris. Pada masa itu, jasad yang kaku tidak mampu lagi berkata-kata dan sirna di alam fana ini. Hanya tinggal kenangan dan harta (jika ada) untuk waris yang berhak. Bagaimana ingin memastikan urusan harta pusaka berjalan lancar, sehabis baik…

  • Harta pusaka

    10 sebab kenapa anda perlu tulis wasiat

    Kalau dahulu tidak ramai yang membincangkan tentang wasiat dan harta pusaka secara terbuka. Ia isu sensitif. Masyarakat Melayu yang mementingkan budaya dan adat terutamanya mempunyai tanggapan bahawa ahli keluarga tidak menghormati orang yang meninggal dunia dan dituduh ingin membolot harta. Statistik harta yang dibekukan semakin meningkat sepertimana dilaporkan pada tahun lalu sebanyak RM42 billion harta orang yang telah meninggal dunia masih lagi belum diagihkan kepada waris. Harta ini termasuk wang tunai, hartanah dan pelbagai jenis harta pusaka. Pihak kerajaan telah mengambil pelbagai inisiatif untuk menggalakkan waris hadir ke pejabat yang berkaitan untuk menguruskan harta pusaka ahli keluarga mereka. Apa yang berlaku ialah mereka tidak tahu daripada mana hendak bermula dan…

  • Harta pusaka

    Bahagi kerana sayang

    Ustaz Pahrol dalam satu siri di radio IKIM membuat perbandingan bahawa kadangkala orang Islam rabun dekat. Hanya melihat tentang hari akhirat, tetapi mengabaikan hal dunia. Sedangkan dunia adalah jalan atau ladang untuk akhirat.Setelah berusaha bertahun-tahun mengumpul kekayaan untuk keluarga dan masa depan, sampai masanya mulakan perancangan harta pusaka. Dalam entri terdahulu, saya ada menyatakan lebih awal membuat perancangan lebih baik kerana kematian itu rahsia Allah.Ada yang berpendapat buat wasiat tidak perlu kerana tiada harta. Tetapi kita semua ada yang disayangi dan menyayangi. Dalam pertemuan saya dengan klien, mereka membuat wasiat kerana mereka hendak memastikan hak orang yang disayangi terbela dan yang paling utama dapat diuruskan dengan baik.  Mereka punya tujuan…

Social media & sharing icons powered by UltimatelySocial