• Blog,  Resepi

    Xinjiang Spicy Cumin Beef Stir Fry

    Sejak akhir-akhir ini memang jarang memasak di rumah. Minggu lepas sahaja, saya berada di Kuala Lumpur untuk menguruskan beberapa perkara berkaitan Dua Penulis. Hari ini pencetus idea yang diberikan ialah resepi. Jadi, saya buat keputusan untuk memasak satu hidangan yang berasal dari Xinjiang. Normi yang memberi resepi ini. Pertama kali Normi hidangkan lauk ini dimakan dengan nasi panas. Amboi… sedapnya. Resepi ini Normi ubahsuai supaya hampir sama rasanya dengan lauk daging pedas yang dimakan dalam cuaca sejuk ketika dia dan Anie ke Harbin tahun lalu. Makanan pedas dalam musim dingin dengan suhu kurang 0 darjah celsius. Memang membangkitkan selera. Saya kongsikan di bawah resepi asal yang Normi beri. Saya ada…

  • Blog

    21 Pencetus Idea (Writing Prompts) untuk Ogos 2019

    Saya tambah lagi 21 pencetus idea selain daripada 10 pencetus idea penulisan kreatif. Jumlah semuanya 31 pencetus idea (writing prompts) untuk entri blog bulan Ogos. Pada bulan Julai kita dah berjaya menulis entri blog menggunakan 31 perkataan yang saya cadangkan. Malahan, ada rakan yang tidak mempunyai blog turut berjaya mendaftar blog baharu bagi tujuan ini. Tahniah. Jadi, kita teruskan menulis untuk bulan Ogos 2019. Bulan ini istimewa kerana kita akan menyambut ulang tahun kemerdekaan pada 31 Ogos. Boleh masukkan kisah tentang merdeka mengikut pencetus idea yang diberikan, jika suka. Kali ini saya masukkan:2 cabaran vlog 9 penulisan kreatif1 puisi3 perkataan berlawanan (vs)1 resepi1 entri bahasa Inggeris Berikut senarai 21 pencetus…

  • Blog

    10 Pencetus Idea (Writing Prompts) Penulisan Kreatif

    Saya mengikuti dan membaca semua entri blogger yang menyertai cabaran 31 hari menulis di blog. Hampir semua peserta berjaya menulis 70% entri sehingga hari ini. Masing-masing cuba sehabis baik untuk menulis satu entri setiap hari. Cabaran yang dibuat untuk mendorong diri menulis nampaknya membuahkan hasil. Saya dapat melatih diri menulis setiap hari (ada juga berselang seli) secara konsisten. Saya dapat maklumat baru, sudut pandang baru dan cara persembahan yang tidak saya jangkakan daripada penulis atau rakan yang saya kenali. Bagi bulan Ogos, saya mahu cuba cabaran penulisan kreatif. Saya mengumpulkan pencetus idea (writing prompts) daripada laman web Reedsy. Saya pilih 9 sahaja daripada lebih 500 idea untuk menulis. Saya ubah…

Social media & sharing icons powered by UltimatelySocial