• Umum

    Rebut Bonus 70 kali ganda

    Dua hari sebelum Aidilfitri, saya pergi ke pejabat Majlis Agama Islam Johor di Jalan Abu Bakar. Pejabat ini terletak bersebelahan Masjid Sultan Abu Bakar yang sudah berusia lebih 100 tahun. Ada lebih 10 orang menunggu sebelum nombor giliran saya dipanggil. Mereka semua ingin membayar zakat. Kebanyakannya untuk zakat pendapatan, simpanan dan lain-lain. Zakat fitrah boleh juga dibayar di sini. Tahun ini saya mewakilkan bapa. Biasanya beliau akan pergi sendiri. Tapi kesihatan tidak mengizinkan. Jadi saya pergi membawa amanahnya. Zakat ini rukun yang wajib. Bila cukup setahun, kadar zakat untuk wang simpanan atau pendapatan ialah 2.5% jika dikira berdasarkan bulan Hijrah. Sekiranya anda membayar zakat mengikut mengikut tahun Masihi, contohnya setiap…

  • Umum

    Zakat wajib atas harta anak kecil dan orang gila

    Saya tertarik dengan satu artikel di Harian Metro dalam kolum Fardhu Ain pada 2 September 2014. Artikel ini menyebut tentang kewajipan mengeluarkan zakat atas harta anak kecil apabila cukup syaratnya. Sumber menyebut Kitab Fiqah Mazhab Syafie ini berlandaskan hadith Nabi: Sesiapa yang menjadi wali anak yatim dan menjaga hartanya hendaklah dia berniaga untuknya dan janganlah dia membiarkan harta itu begitu sahaja sehingga ia habis dimakan zakat. Satu lagi hadis yang diriwayatkan oleh Syafie’ dalam al-Umm menyebit bahawa Rasulullah SAW bersabda: Niagakanlah harta anak yatim agar ia tidak habis ataupun dihabiskan oleh zakat. Kesimpulan daripada kedua-dua hadis ini ialah: Sangat digalakkan untuk ‘meniagakan’ harta supaya ia tidak habis untuk membayar zakat…

Social media & sharing icons powered by UltimatelySocial