Terma penting dalam polisi insurans atau takaful

Bagi mereka yang ingin mengambil takaful untuk menggantikan polisi insurans yang mereka miliki, perhatikan beberapa perkara berikut:

1. Tempoh menunggu atau ‘waiting period’
Polisi insuran atau takaful mempunyai ‘waiting period’. Dalam tempoh ini, pihak insurans atau operator takaful tidak akan membayar manfaat jika berlaku tuntutan khususnya yang berkaitan dengan penyakit kritikal atau rawatan perubatan. Dalam kontrak ada dinyatakan dengan terperinci.

Biasanya, ‘Waiting period’ bermula daripada tarikh polisi sehingga 90 atau 120 hari selepas tarikh itu. Tempoh ini juga disebut tempoh menunggu.

2. Penyakit sedia ada atau ‘pre-existing illnesses’
Apabila anda memohon polisi baru, pemohon perlu mengisi borang deklarasi kesihatan. Jika anda pernah menjalani pembedahan, atau mengambil ubat bagi rawatan penyakit seperti kencing manis atau buah pinggang, semua maklumat ini perlu dinyatakan dalam Borang itu.

‘Pre-existing illnesses’ biasanya tidak akan ‘dilindungi’ oleh polisi baru. Ini bermaksud sebarang tuntutan berkaitan ‘existing conditions’ tidak akan dibayar.

Bincang dan minta konsultan anda untuk menjelaskan perkara ini dan terma lain yang perlu diberi perhatian apabila anda ingin menukar polisi. Tidak disarankan untuk berhenti membayar caruman insurans/takaful sedia ada dengan serta-merta sebelum tamat ‘waiting period’ polisi yang baru.

3. Penyakit tertentu atau ‘specified illnesses’
Beberapa penyakit disenaraikan dalam kategori penyakit tertentu. Jika orang yang diinsuranskan menghidapi penyakit ini dalam tempoh menunggu, pihak syarikat insurans atau operator takaful tidak akan membayar sebarang tntutan.

Antara penyakit yang disenaraikan ialah darah tinggi, diabete, sakit jantung, tumor, kanser, penyakit telinga, hidung dan mulut dan beberapa penyakit lain.

Dalam tempoh 3-4 bulan, anda perlu membayar caruman untuk dua polisi. Banyak kes berlaku, konsultan yang mencadangkan polisi baru tidak menerangkan perkara ini. Kemudian, pelanggan marah-marah apabila berlaku isu (contohnya, ‘specified illnesses’) dalam ‘waiting period’.

Kontrak insurans/takaful panjang dan tulisannya halus. Memang kebanyakan pelanggan tidak membacanya. Namun, anda perlu tahu terma penting dalam polisi ini. Anda membayar caruman setiap bulan. Jadi sangat logik untuk anda tahu apa manfaat yang anda dapat daripada perbelanjaan ini.

Memang benar, ejen insurans/takaful mendapat komisen setiap bulan. Walaupun begitu, anda mesti mempunyai maklumat lengkap syarikat insurans/takaful dan nombor Customer Service untuk dihubungi.

Tidak salah untuk anda mengetahui jumlah komisen (yuran perkhidmatan) yang anda bayar kepada syarikat insurans/takaful. Maklumat ini ada dalam polisi. Terma yang digunakan ialah ‘wakalah fee’ untuk polisi takaful.

Be considerate.
Jangan mengharap bulan bintang daripada ejen anda. Pastikan mereka beri semua maklumat penting semasa mencadangkan dan menyerahkan polisi anda.

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *