“Saya struktur semula pinjaman konvensional kepada pembiayaan berlandaskan Syariah.” Kata Puan Aida semasa saya berjumpa beliau di rumahnya. Beliau bersungguh-sungguh ingin memperbaiki amalan kewangan kepada patuh Syariah.
Tiga perkara perlu dielakkan dalam produk kewangan ialah:
1) Riba’ – secara ringkas riba’ ialah pulangan atau faedah tetap bagi sesuatu modal yang disediakan. Banyak berlaku dalam produk perbankan dan insurans.
2) Gharar – unsur keraguan atau ketidaktentuan dalam kontrak. Contoh: dalam kontrak insurans.
3) Maisir – unsur perjudian. Contoh: dalam kontrak insurans.
Please follow and like us: