“Tiket kapal terbang kena GST?”

Adakah anda kerap menggunakan perkhidmatan penerbangan sama ada untuk destinasi domestik atau antarabangsa?

Penerbangan yang kerap dan tawaran tambang rendah memberi pilihan kepada pengguna untuk sampai ke destinasi dengan lebih cepat dan murah. Perkhidmatan penerbangan tidak termasuk dalam jenis pengangkutan yang dikecualikan cukai. Apabila anda membeli tiket untuk penerbangan domestik, GST akan dikenakan pada kadar standard iaitu 6 peratus.

Perkhidmatan lain yang berkaitan dengan penerbangan domestik seperti penyimpanan bagasi, jualan runcit dan makanan turut dikenakan GST bagi penerbangan domestik.

Jika anda ke luar negara, tiket anda tidak akan dikenakan GST kerana ia termasuk dalam jenis penerbangan antarabangsa. Sebagaimana perkhidmatan eksport, ia tidak akan dikenakan cukai.

Di Malaysia, ada tiga destinasi penerbangan yang turut tidak dikenakan cukai iaitu Langkawi, Tioman dan Labuan. Penerbangan daripada mana-mana destinasi di Malaysia ke tiga kawasan ini tidak akan dikenakan cukai. Namun, penerbangan daripada lokasi berkenaan ke destinasi lain di dalam Malaysia akan dikenakan cukai.

Tiga lokasi ini telah diwartakan sebagai kawasan ditetapkan di bawah Akta Cukai Barang dan Perkhidmatan 2014.

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *