Blog

Tunai vs Kad Debit/Kad Kredit

Kawan saya membawa misi korban ke Siem Reap. Selain kumpulkan sumbangan untuk korban, mereka bawa baju kanak-kanak dan duit tunai untuk beli barang keperluan harian. Ya, tunai. Urusan pembelian menggunakan tunai.

Mereka beli beras, minyak dan beberapa lagi barang untuk diagihkan kepada penduduk kampung. Dengan bantuan kenalannya di sana. Ada beberapa video dan gambar yang mereka kongsikan. Sayu juga tengok penduduk di sana. Cuaca panas, rumah seadanya dan kanak-kanak tidak berbaju.

Dengan tunai yang dibawa, dapat juga Anie dan Normi menyampaikan amanah kepada saudara kita yang kurang berkemampuan. Akan datang, saya nak ikut mereka ke sana. Tengok orang susah, timbul pula idea untuk projek seterusnya.

Mereka akan lancarkan kutipan sumbangan untuk beli kasut sekolah, buku tulis dan pensel. Anak-anak di perkampungan itu mahu belajar. Sanggup berjalan kaki jauh-jauh, berkaki ayam pula tu kerana mahu menuntut ilmu.

Di sana, masih menggunakan wang tunai untuk urusan pembelian. Mungkin ada kedai-kedai yang boleh menerima kad kredit atau kad debit. Namun, teknologi belum lagi mencapai kemajuan seperti kita di Malaysia.

Saya juga sudah jarang menggunakan wang tunai apabila membeli barang. Melainkan beli barang di pasar atau kedai runcit biasa. Atau beli makanan di kedai mamak. Agaknya kalau kedai mamak gunakan sistem pembayaran kad debit/kad kredit, saya sudah tidak perlu bawa tunai.

Pada saya bagus gunakan sistem pembayaran dengan kad ini. Lebih selamat dan tidak perlu bawa wang tunai. Cuma perlu berhati-hati jika kad itu hilang atau tercicir, cepat-cepat hubungi pihak pengeluar untuk block kad dengan segera.

Berbelanja dengan kad ini ada bahayanya juga. Jika guna kad kredit, seperti berhutang. Tapi buat ia seperti kad bank biasa. Lepas guna, sampai penyata bank, terus selesaikan supaya hutang tidak berganda.

Tren terkini pula dengan pembangunan aplikasi seperti Boost dan Touch n Go E-Wallet membolehkan kita buat bayaran terus daripada telefon. Tapi mestilah pindah wang ke akaun e-wallet berkenaan. Semua dilakukan dengan telefon pintar.

Di China, mereka menggunakan aplikasi WeChat Pay untuk membeli barang. Saya belum pernah ke negara China. Insya Allah akan melawat Kunming pada bulan November nanti. Tidak lama lagi.

Begitulah perubahan mata wang. Bermula dengan zaman barter, syiling emas dan perak menjadi mata wang. Kemudian, diganti dengan wang fiat atau wang kertas. Sekarang menggunakan kad dan aplikasi sahaja untuk urusan jual beli.

Tapi dunia kita begitu luas sekali. Entah-entah masih ada manusia di pelosok bumi ini yang menggunakan sistem barter dan jauh dari hiruk pikuk kota metropolitan. Mereka dengan dunia mereka sendiri.

Writing prompt Ogos 2019: Tunai vs kad debit/kad kredit
Anda boleh baca entri saya yang lain di sini menggunakan pencetus idea yang diberikan. Saya memulakan cabaran ini pada bulan Julai 2019.

Please follow and like us:

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

Social media & sharing icons powered by UltimatelySocial