Buku,  Inspirasi

What I Learnt From The Last Lecture by Randy Pausch

Apakah yang kita lakukan jika kita tak punya banyak masa lagi untuk hidup? Jika soalan ini diajukan kepada saya, saya belum ada jawapannya. Seeloknya saya mula memikirkan hal ini. Lagipun, usia semakin meningkat, bermaksud tidak banyak lagi masa yang berbaki untuk bertemu Tuhan.

Randy Pausch menghidapi kanser pankreas. Seorang profesor di Carnegie Mellon. Beliau meninggal dunia pada 25 Julai 2008. Pada akhir hayatnya, Prof Randy memberi kuliah yang berjudul The Last Lecture. Kemudian, buku dengan judul yang sama ditulis dan menjadi buku bestseller sehingga hari ini.

Buku ini dibahagikan kepada enam bahagian. Bahagian kelima ialah ‘It’s About How to Live Your Live.’ Dalam entri ini, saya mahu berkongsi beberapa saranan Prof Randy yang saya rasa boleh dipraktikkan.

  • Don’t obsess over what people think.
    • Jangan risau tentang apa yang orang lain fikirkan. Kadang hal yang kecil pun buatkan kita terlalu risau, contohnya baju yang kita pakai. Sedangkan jika kita rasa selesa, bersih dan kemas serta memakai pakaian yang menutup aurat sudah mencukupi. Tak perlu buang masa memikirkan apa yang orang lain akan fikir.
    • Hidup lebih tenang apabila kita tak terlalu memikirkan apa yang orang ‘akan’ kata.
  • Start by sitting together.
    • Kebanyakan tugas yang kita lakukan pasti memerlukan sokongan dan bantuan orang lain sama ada dalam kerja berkumpulan atau dalam tugasan di tempat kerja misalnya.
    • Jadi, Prof Randy memberi beberapa tip yang berguna iaitu:
    • Mulakan dengan pertemuan yang betul dengan berkenalan, bertukar maklumat perhubungan dan pastikan kita menyebut nama kenalan dengan betul.
    • Cari persamaan, apabila wujud persamaan maka lebih mudah untuk menangani perbezaan.
    • Jumpa dalam keadaan yang menyenangkan untuk semua orang. Tiada orang yang lapar, sejuk atau penat.
    • Beri peluang semua orang untuk bercakap. Jangan potong cakap orang. Bercakap dengan kuat atau cepat tak akan menunjukkan idea anda lebih hebat.
    • Tinggalkan ego. Bersikap terbuka apabila membincangkan idea
    • Berikan pujian. Ucapkan sesuatu yang baik.
    • Nyatakan altenatif dengan mengajukan soalan. Gantikan ‘Saya rasa kita patut lakukan A, bukan B’ dengan ‘Bagaimana jika kita lakukan A, bukan B?’ Soalan ini membuka ruang untuk orang lain memberi komen membina.
  • Look for the best in everybody.
    • Apabila hendak mencari bakat seseorang, kita harus bersabar. Setiap orang mempunyai kelebihan untuk menjadi cemerlang.
  • Watch what they do, not what they say.
    • Nasihat ini ditujukan khas untuk Chloe, anak Randy yang baru berusia 18 bulan ketika itu. Mungkin sekarang dia sudah berusia 12 tahun.
    • Rakannya menyatakan, “Apabila seorang lelaki yang meminati anda dan ingin berkenalan dengan lebih rapat, mudah sahaja. Jangan pedulikan apa yang mereka katakan. Beri perhatian pada apa yang mereka lakukan.”

Membaca buku Prof Randy memberi inspirasi kepada saya untuk terus mengusahakan karya yang ditulis orang pejuang kanser. Selepas berjaya menerbitkan dua buku yang bertemakan kanser, saya rasa banyak lagi yang boleh digali dan dikongsi oleh pejuang kanser, penjaga dan ahli keluarga mereka.

Adakah anda pernah membaca buku The Last Lecture? Bahagian mana yang paling memberi kesan pada anda?

Please follow and like us:

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

Social media & sharing icons powered by UltimatelySocial